Wednesday, September 24, 2014

Posting Elektif, A&E Department,Hospital Sungai Petani.

Dah lama rasanya tak menulis kat blog ni. Bahasa yang nak digunakan pon aku tak tau nak pakai apa dah. Saja nak share pengalaman aku attachment kat hospital sebagai student medic.Tahun ni,asal introduce diri ja,doctor akan tanya aku year berapa? "nak masuk 5th year,doc",jawab aku lah.Then disebabkan umur and tahun belajar pon agak banyak,so,agak mencabarlah attachmentnye.

First day dah diminta belajar ECG (Electrocardiogram) yang sebenonye dah lama belaja dan dah lupa teros.Doc nak kami present depan dia apa yang kami dapat.GULPPP..Bergegas aku cari MA (Medical Assistant) mintak dorang ajarkan ECG.Esok,tros present depan doc.fiuhhh.satu dah lepas.
Dah masuk 3 hari doctor suruh amek history patient plak and present depan dia.ohmooooo.aku penah la main2 dalam kelas tanya sesama kawan jek.tapi dorang tu tak berpenyakit.ni yang berpenyakit ni,aku xpernah plak tanya.Tapi,cabaran harus disahut!!! (fire mode activated).and fiuhhh skali lagi,setel present kat doctor even banyak benda yang aku terlepas pandang.then the next and next day tu dah berani jugak la nak amek history patient.

Seriously before start attachment ni,aku sampai menangis nangis kat mak sebab aku tak nak buat attachment.Sampai rasa nak balik Mesir awal ja.Tapi bila dah start,aku rasa best.Banyak benda bleh belajar kat bahagian emergency ni.Kawan aku,Ina sampai buat CPR.Doctors,nurses,and medical assistant sangatlah baik.Even kadang-kadang ada yang tak mesra alam sangat,tapi kena pahamlah,dorang busy.its okay.I can cope with that.

***I met an adorable 6 year old child today at asthma zone.pity her cute little face that turned pale due to her asthmatic problem.she is sooooooooo cute.and you know what,,,she looks like your niece.I thought she was your niece.haha.i'm shocked for a while.Kakak harap syifa allisya cepat baik yee.nanti boleh main kejar kejar.eyhh,kakak ke aku ni? hikhik.

Sekian ek..mintak diri dulu.

Saturday, April 12, 2014

Hallow..Perhaps?

Yesterday....
Yessss!! Now is definitely a chance for me to be at the same level as u! Stay tune..........

Today........
I am no match for u...(just by looking at A picture for 2 minutes)

SELF REFLEX 

Thursday, February 7, 2013

Santapan di sinai-dahab..

Bismillahirrahmanirrahim..


Yess.aku ke sinai-dahab lagi tahun ni.tp statusnya berbeza dengan tahun lepas yakni sebagai AJK makanan.bukan sebagai peserta.Bila kita bekerja baru kita nampak cabaran dia n baru kita rasa susahnya adhoc2 tahun lepas nak lancarkan perjalanan jaulah.Ya lah,bila jaulah macam ni,jauh pulak tu,kita tak dapat nak expect apa yang bakal mendatang.Kita tak dapat nak sangkal yang maybe plan yang kita buat tak kan jadi 100%.Sabar itu perlu..

 Jaulah kali ni,sumpah best tapi ada penyesalan sikit.Aku tak dapat naik gunung yg penuh ngan salji tu.so,dengar cerita orang ja la.pengalaman tu tak dapat nak sampaikan sendiri.Ada rezeki boleh pi lagi kan? Tak dapat pegang salji pon tak pa lah.aku dapat basuh periuk2 bagai dengan air yang sangat2 sejuk.haa.tak semua orang ada pengalaman basuh periuk bertimbun2 disamping air yang sejuk membeku tu.Air yang selama ni lembut,tiba2 bertukar menjadi sebilah pisau yang tajam menghiris jari-jemariku yang mulus.aikk? mulus ke?? arghh.dah izyan.merapu.next..

Dekat Dahab pon sangat2 best.Aku belajar banyak tahun ni.Pengisian lepas solat sangat2 bermakna.syukran unit tugas2 khas yang berusaha buat pengisian sebegitu rupa.Ada satu yang aku nak kongsi.Ada sorang senior aku ni bagi input rohani sikit malam terakhir kami berada di Dahab.Dia ulas pasal ayat dhuha.Ayat yang diturunkan sewaktu Nabi Muhammad S.A.W berasa tertekan Allah S.W.T dah lama tak berhubung dengan baginda.So,make it simple,ayat ni membantu disaat kita tertekan.Hayati ayat2 surah dhuha ni.Allah terlampau sayangkan hamba2Nya sehinggakan kita yang banyak buat dosa sekalipun Allah masih bagi kita nyawa.pernah tak kita terpikir untuk apa nyawa tu diberi? Allah nak kita terus bertaubat dan bersyukur.Ada satu lagi persoalan yang senior aku utarakan.Allah ni pernah tak cemburu sekiranya hambaNya lari tinggalkan cintaNya untuk mengejar cinta insani? dan jawapannya ya.Allah punya rasa cemburu.Bila aku pikir balik benda yang jadi sekeliling aku termasuk yang jadi pada diri sendiri dengan apa yang aku baru belajar ni,aku baru tahu yang Allah selayaknya cemburu.Ya lah,kita ni sebagai manusia,bila kita dah suka pada seorang insan lain,kita cuba nak jadi yang terbaik dimata dia.Sedangkan cinta manusia tak kekal lama.Kita tak pulak nak jadik yang terbaik di depan Pencipta kita.Allah.....sungguh aku mengaku nak jadi yang terbaik untuk seorang insan yang kita sayang or cinta sangat2 susah apatah lagi nak jadi yang terbaik untuk Yang Maha Esa.



Aku nak kongsi sikit pengalaman seseorang yang aku dengar.Maybe kita boleh muhasabah sama2.Okeh ceni crita dia. Seorang hamba Allah ni ada menyimpan perasaan pada seseorang yang bergelar insan.Setiap apa yang dia buat,dia cuba nak mendapatkan perhatian orang tu dengan cara jadi yang terbaik dalam apa benda sekalipun sebab orang yang dia suka tak kenal dia.Tapi makin dia cuba makin dia rasa benda tu sia2 sebab dia rasa orang tu sangat jauh nak digapai.Bila dia cari jalan tenangkan diri baru dia sedar yang selama ni dia just cuba jadi yang terbaik depan seorang manusia ja.Dia lupa yang Allah ada bersama2 dia setiap masa.Dia tak pulak nak cuba jadik yang terbaik depan Pencipta dia.Kalau kita ni btol2 ikhlas rebut cinta Allah,tak mustahil Allah boleh bagi apa ja yang kita nak.Berdoalah.Allah suka orang yang meminta dengan Dia."Raihlah cinta Allah sebelum mencari cinta insani".

Dah tak memasal aku dok sayu2 kat sini.ni bukan sayu ek.ni muhasabah.hehe.aku teringat benda ni bila kami ada usrah kat dahab.Kalau tak maybe aku lupa n tak dapat nak share untuk diri sniri n org lain.Penyesalan seterusnya bila tak dapat makan seafood.Teringin nak makan kat Ali Baba tu sebenonye.Orang kata sedap.Ada beberapa musykilah yang menyebabkan aku tak dapat nak pi makan.Tak paa.nanti balik Malaysia aku bantai ikan bakaq Sungai Petani.lagi mahsyuuk.*sedapkan hati.Apa yang jadik kat dunia luar kali ni memang aku tak dapat nak crita sangatlah sebabnya aku asyik tenung carrot jek.



merempit dengan tayar empat.lebih ganas daripada biasa :P

gathering housemate.susah nak jumpak skali.inilah peluangnya.

Highlight aku untuk kali ni,memang xbanyak pasal pengalaman la.just kongsi apa yang aku dapat instead of panjat gunung dan sebagainya lagi yang xdapat dilakukan.hehe.sekian terima kasih.

Sunday, August 12, 2012

Masa yang singkat

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebagai blogger yang pemalas,aku memang kena menyerlahkan sifat malas aku tu dengan tidak mengepost apa-apa entry selama beberapa bulan.HAHA.ayat makan penumbuk.muqadimah mau classsss gitu.
Cuti aku di tanah air tercinta tahun ni tak lama.ada la lebih kurang sebulan.orang lain balik sampai 3 bulan.tu la sapa suruh balik lambat.tapi takpa.aku dah nampak hikmah dia.bila kita menghadapi apa-apa dugaan sekalipun,yang penting kita redha.insyaAllah lepas tu confirm rasa tenang. Jadual aku time cuti ni bleh tahan pack jugak la.hari selasa ni aku dah nak bertolak balik johor.nak bikin khidmat masyarakat kat nenek dan atok.hehe.awal ogos hari tu,aku attend satu program kat Kelantan (Yahoo@Beijing). Terbaik bohh program tu. Sangat menyentuh jiwa bila dapat berkhidmat untuk masyarakat2 Kelantan. Kelantan merupakan salah satu tempat impian aku untuk pergi bercuti. Kenapa??? Ada orang pernah tanya aku,"awat hang tringin pi Kelantan weyh? bukan ada apa sangat pon." Nope.ada sesuatu yang best kat situ.AURA dia.hehe.seriously jejak kaki kat negeri tu boleh buat aku tersenyum sebab aku respect tempat tu.Waktu buat khidmat masyarakat kat Bukit Tuku,Kelantan,aku memang rasa ada masalah komunikasi disitu.ya laa.rata-rata student semua orang kelantan.So,mereka tak la rasa sangat apa yang aku rasa.Susah gak nak faham bahasa Kelantan ni.Lagi-lagi mokcik ngan pokcik yang cakap laju-laju tu.Tapi depa ni baik.Aku dah mintak maaf siap-siap sebab aku orang luar.Jadi,mereka pon cakap dengan perlahan sedikit. :p Boleh la gak nak catch up.Apa-apa pon Kelantan BEST bro.very BESt bro.dah la penduduk dia segak-segak tak kira jantan mahupun tino :)

Sepanjang aku cuti ni pulak,aku bersyukur sebab kebanyakan hari memang full house la rumah aku.Abang aku pon balik.semalam baru hantar dia balik Lumut.Kami selalu menyembang-nyembang di dapur seisi keluarga takpun di dalam bilik untuk mengeratkan silaturrahim.haha.Adik beradik pulak dah besar-besar.aku dan abang aku telah pon sampai ke angka 20-an.adik aku sahaja masih dipertengahan sekolah menengah.Kira besaq dah la tu.So,topik-topik yang selalu dikupas iaitu soal perkahwinan mudah untuk diutarakan disebabkan faktor umur kami adik beradik.Best kot topik tu.Berangan memang la best kan.

Hari tu ada la terjumpak jodoh. Aku dah kabokan kat seisi keluarga and semua approve.HAHAHA.caitt dok men pakai approve dia ja.Pihak sana sikit pon tak tau. TETAPI dah terlepas derr.aku rasa tuan punya badan sudah berpunya. ya la kan.sapa tak nak pemuda yang baik dan good looking camtu.Haishhh. Ayah aku kata aku lambat.Memang la lambat,baru kenal.Hape daa.hahaha. So,sekarang ni aku nak tumpu kepada diri aku dulu.Nak jadi lebih baik and aku ditaklifkan sebagai pencari jodoh abang aku. Kepada bakal-bakal kakak iparku di luar sana,sila buat baik dengan saya kalau anda nak rapat dengan abang saya mengikut syariat :) Apa-apa pon kena percaya JODOH ditangan Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.


Sekarang dah nak kena start list barang nak bawa balik Mesir.Masa amat mencemburui kita.hehe.Selamat sempat raya dengan family :)


Wednesday, May 16, 2012

Happy Teacher's Day

Bismillahirrahmanirrahim..

Okey.Tolak buka tepi sat.Rehat seketika.Hehe.Memandangkan hari ni 16 Mei HARI GURU,aku buat entry special untuk mama dan ayah yang telah bergelar seorang guru sejak puluh tahun yang lalu.aku pon lupa berapa tahun.hehe.yang pastinya dah lama la.

Selamat Hari Guru ayah,mama...
Terima kasih atas segala ilmu yang ayah mama curahkan dari kecik sampai la kakak besar dah berkilo2 sekarang ni..
Terima kasih sebab membesarkan kakak dengan ilmu agama yang cukup..Alhamdulillah ilmu agama yang ada mampu bimbing kakak bila berada jauh dari family selama 7 tahun ni..
Terima kasih ajar kakak cakap sejak baby lagi.Kakak juara cakap paling awal kot antara adik beradik.HAHA.bangga seketika.and sampai sekarang cakap dah tak tau nak berenti plak.hehe..
Terima kasih didik kakak dengan akhlak yang baik.Even kadang2 tu ada jugak gaduh2 ngan abang and adik tapi lepas tu baik balik kan? sebab mama cikgu BM,so mama dah ajar kami dengan peribahasa 'AIR DICINCANG TAK KAN PUTUS' dari dulu lagi.haha..
Terima kasih hantar kakak kat sekolah2 terbaik. Tadika Bunga Raya,Sek Keb Convent Father Barre,Sek Men Sains Sultan Mohamad Jiwa dan terakhir sekali di bumi anbiya' Universiti Zagazig.Kat semua tempat ni kakak dapat cikgu2 yang tak ada tandingan.. (kalau abang yang senaraikan nama sekolah dia lagi banyak.hehe)

Ayah Mama sentiasa jadik pembakar semangat kakak. I likeee :p
You guided me when i was lost..
You supported me when i was weak..
You have enlightened me all through..
You plant seeds of all kind of knowledge that grow forever inside me :))
For all your patience,caring,kind words,and sharing....
I just want to say THANK YOU ayah and mama!!! love both of you forever lah!! :)
I am your number one fan.hehehe

Tengok.nak tulis wish kena campur dua2 bahasa.Ayah cikgu BI,mama cikgu BM.kan3?? hehe
Itu saja untuk entry ni.tak boleh tulis banyak2 nanti mama ngan ayah nangis.HAHA.mama dah la kememeh.ayah tu nampak je ganas hati ada taman. :DD

Ayah mama sentiasa jadik pembakar semangat kakak.Abang,adik ngan neko pon even bukan cikgu.hehe.


Selamat Hari Guru Sir Amir Samad dan Puan Norliyah Adam.
Majulah PKKK untuk Malaysia.hehehe.




Wednesday, May 2, 2012

Ketenangan yang abadi

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebenarnya aku tak suka nak melepaskan tension kat blog or facebook. Tapi ni ja cara yang aku ada sekarang.Biasalaa. Dah nak exam ni memang camni.Tension sana,tension sini.*sigh.

Aku pon bukan suka tension2 ni.Tapi kalau aku tak penah tension,macam pelik plak.Aku manusia jugak weyh. So,bila aku tension,aku memerlukan ketenangan yang abadi. Aku butuh waktu untuk menyendiri.Haa.kan tak pasal2 cakap indon plak.Ada la housemate aku tanya and jujur aku cakap aku tak mampu nak cerita.Terima kasih sebab amek tau.Aku hargai sangat2.Salah aku jugak bila ada antara housemate aku terasa sebab aku macam over berahsia. Tapi,aku lebih suka pilih cara tu.Buat masa ni,ketenangan yang aku boleh dapat hanyalah dari yang menciptakanku,Allah S.W.T. Aku harap sangat hampa bleh paham.Tak pasal2 dah tambah satu lagi ketensionan aku.


Have faith in Allah.Believe in HIM.

*Tips aku kalau tension:

-Solat.sangat menenangkan.
-banyakkan istighfar.cuci hati sendiri.
-pegi la jalan2 mana yang patut.sambil tu bleh shopping :)
-baca artikel yang boleh bagi semangat.macam kat iluvislam ka.bila aku baca artikel2 camtu,dia menyedarkan aku balik betapa Allah sentiasa ada ngan aku.so,aku xperlu takot.

Saturday, April 14, 2012

Mumbling early in the morning...

Just done with my 18 pages LOWER LIMB but still can't memorize it. What??? 18 pages onlyyyy?? I think i started early till now ,without even taking  a nap as everybody in my house did. What happen actually?? Ni semua laptop punya pasal.haissshh.ganggu kosentrasi aku betol. Nasib dapat capai target. :p

About an ages i've not pour all my fantastic,artistic and joystick writing in this blog. Idea tak payah cakap lah.Memang zero.Kemalasan tahap mega.Ke-busy-an terserlah.That's why i cannot lay even one of my finger on this keyboard and start writing.arghhh. Malas tak terkata.

Exam dah nak start.Silibus banyak tak abes lagi.Prof ngan student tercungap-cungap memecut menghabiskan silibus sementara peluang masih ada.Aku yang rasa bertanggungjawab ni pon start lah study.Post aku kali ni memang untuk merapu dan berleter.This is kind of mouth and lip exercise without throw out ur voice.Gile kau nak melalak pagi-pagi.Ade yang baling bantal kat aku ni kang.Kok ye pon nak exercise mulut, tak payah melalak. Cara yang aku bagi ni efektif.HAHA.

********

Azan subuh baru ja berkumandang.Aku terpanggil untuk menunaikan solat pada Yang Maha Esa.Stop mumbling and pergi amek wudhuk okeyy.

Wednesday, February 15, 2012

Bermusafir ke SINAI-DAHAB

Assalamualaikum..

Dah lama tak post.I knew it.Seriously malas.Sebelum ni,kalau pegi jalan mana-mana ka,mesti balik tu aku semangat abes nak update blog.My spirit beyond da imagination.Huk aloh skrang ni,malas bebenor.Tapi takpa.Bajet aku Fatin Liyana ke yang orang tunggu post aku?? Ke Hanis Zalikha yang orang comment xberenti?? Excuse me izyann.please come back to your senses.So,xpe la kan kalau aku post jarang-jarang pon?hehee.

Winter break kali ni,aku and housemate bermusafir ke SINAI and DAHAB.Still dalam Mesir jugak.Kalau nak tau,Sinai tu kawasan pergunungan yang famous di panggil Jabal Musa oleh masyarakat tempatan.Aku memang dah lama teringin nak pegi Sinai ni.At last dapat.Bertolak dari Zagazig bersama rombongan siswa AQ dengan 2 buah bas.Terasa diri begitu excited di situ.heee.Barang tak payah cakap la.Perempuan kan.Kalau bawak tu macam dah tak nak balik dah.haishh.Bila nak insaf ni??Okeyh,dalam bas xde yang menarik.Sampainya kami di Sinai,banyak aktiviti yang diaturkan.Melawat macam-macam tempat.Ustaz cakap,persiapan stamina nak panjat gunung.hehe.So,kena la jalan sikit.Kami dikehendaki berkumpul pada jam 12 tengah malam unutk sesi taklimat sebelum memulakan pendakian.Dah siap comey-comey ngan baju bubble masing-masing,siap mafla bagai,kami pon berkumpul untuk mendengar taklimat.Memang setebal mungkin la pakai.Angin yang bertiup malam tu,Subhanallah.Hanya Allah ja yang tahu,betapa sejuk and kencangnya.Even time kami pegi tu tak sejuk sangat,tu pon dah kira sejuk bagi aku.

********

Waktu start daki gunung,kami semua berada dalam kumpulan masing-masing bersama musyrif dan musyrifah.First-first tu okey lagi,tapi bila dah jauh berjalan,terasa penat dia.Aku mula la bermonolog dalaman time tu.Saja nak bagi semangat kat diri seniri.Banyak gak check point kami berenti nak rehatkan penat badan.Sepanjang pendakian kami ke puncak gunung,banyak benda yang aku dapat.Kebesaran Allah S.W.T yang tak tergambar dengan kata-kata.Unta-unta yang tak berhenti bekerja membawa penumpang,walhal kecuraman gunung tu,pada mulanya buatkan aku tak yakin dengan kebolehan unta untuk naik ke atas.Ya la,kaki dia yang panjang and tinggi berkali ganda dari aku.For me,we as a human are more stable then them.But NO.Their feet are really strong.Subhanallah.I saw it with my own eyes.Selain tu,aku tersentap seketika sebab betapa jauh dan curamnya perjalanan nak ke puncak gunung setinggi 2285 meter tapi Nabi Musa A.S boleh meneruskan pendakian untuk bermunajat kepada Allah S.W.T tanpa keluh kesah.Tu yang membuatkan aku tak putus asa nak daki sampai puncak even penat sekalipun.Sebelum sampai puncak,kena daki anak tangga dulu.Ada lebih kurang seratus lebih anak tangga yang terhasil daripada susunan batu-batu yang besar.Tinggi dan curam.Tu ja yang mampu aku gambarkan.Banyak kali jugak aku terduduk sebab badan melayang kena tolak angin.gayat seyh.Tak berenti aku berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.Semoga Allah memudahkan pendakian aku.At last berjaya jugak sampai.Syukur ke hadrat Allah.Terbukti selawat ke atas nabi sangat-sangat membantu pendakian aku. :)

*********


Tengah hari tu,kami terus berangkat ke Dahab.Sepanjang perjalanan ,dalam bas xda benda menarik melainkan dengkuran para peserta yang terlebih penat setelah berjaya menawan puncak gunung.hehe.Aktiviti kat Dahab semuanya best-best.Quadbike,snorkeling,glass boat,shopping,makan seafood and main UNO! Malas nak ulas kat sini sebab kalau cita memang tak habes la.Aku pon lebih berminat nak cerita pengalaman naik gunung tu ja.So,target dah di capai.Eden boleh le tido skang ni.Kalau rajin aku upload pic sepanjang percutian. :)

Blog aku xda pa yang menarik pong.Saja nak share pengalaman sebagai pelajar perantauan. :) 

Wednesday, February 1, 2012

TIRU!!!!!

Bismillah.

Setelah lama tak update,tetiba lak tajuk entry ntah apa-apa? Ada point ka nak cakap pasal ni?? InsyaAllah ada.heee.but it's just simple.

TIRU. A word that even a child maybe know da meaning. Kalau lah dia pernah dengar mak dia cakap "adik,time exam nanti jangan TIRU orang tau.buat seniri" or "Ecah,jangan dok gatai nak TIRU homework orang noh". Same goes to me.Aku dah kenal perkataan ni dari kecik lagi.Tapi semakin kita besar kita dapat tahu yang maksud untuk TIRU is not just about exam or study! Hari ni aku tak rasa nak cakap pasal study.So,sila buang jauh-jauh maksud TIRU yang kat atas tu ek. 

Let say,ada someone ni tiru gaya fesyen korang.Ya la,korang kan hot stuff,fashionista.sure la orang teringin nak ikut.aku ni sapa la nak tiru.HAHA.Pernah tak korang rasa 'arghhh.annoying AMAT la budak ni!' Pernah ke??
Kalau pernah,cuba korang tengok diri korang,ada tak apa yang korang buat tu benda yang baik.Contoh simple,fesyen yang korang pakai kat badan korang tu tutup aurat,kemas,selesa nak buat solat and sejuk mata memandang.So,jangan lah korang rasa tak suka kalau ada orang ikut cara korang tu.Weyh,susah la kalau setiap orang dalam dunia ni kena pakai fesyen lain-lain.Memang ada jugak yang guna pelepah kelapa kang.Yes,i know ada sesetengah orang yang dia suka lain dari yang lain.Dia tak suka ada orang lain yang macam dia.Tapi,boleh ka kita nak suruh dia stop buat benda yang kita tak suka tu?? Memang tak la.Aku cakap pasal fesyen sebab senang faham.Benda simple yang kita nampak hari-hari.

Contoh lain,kalau ada orang tiru cara kita,tiru apa yang kita buat or tiru pendirian kita.Memang xelok la sangat kan.Kita kena ada pendirian sendiri.Tapi dah apa yang kita buat tu baik,biar ja lah orang nak ikut pon.Tu kira kita dakwah secara tak langsung la kan.Aku penah rasa benda ni.Kadang-kadang hati aku yang jahat ni selalu geram gak,rasa annoying,tapi Allah S.W.T cepat-cepat ingatkan aku supaya tak lupa yang setiap perkara yang baik datang dari Yang Maha Esa.Bukan milik aku pon.Bila aku pikir camtu,baru aku rasa tenang and aku tak rasa tamak sebab nak jadi baik sorang-sorang.

So,hopefully korang yang kat luar tu jangan sekali pon pernah terpikir cam aku ek.cepat-cepat istighfar.Moga Allah S.W.T tunjuk jalan pada kita.wallahu'alam.

"Every time you get angry,you poison your own system"-Alfred A.Montapert


Thursday, December 22, 2011

MARRIAGE & REGRET

Marriage.Topic ni macam over popular di saat diriku bergelar hampir 20an.Serius tiba-tiba aku rasa macam over flow plak topic ni.Rata-rata di sana sini kalau jumpak geng sebaya,confirm sembang pasal kawen.Lagi-lagi bila batch kami ada yang dah kawen and bertunang semua.Yeah,i know,semua orang dah excited berkat aura yang ditransfer oleh pihak-pihak yang dah kawen.Baru-baru ni,aku ada tengok video pasal laki ni propose dia and dia accept even dia xkenal laki tu.Pilihan family pulak tu.Good job lady! Mudah-mudahan apa yang anda lakukan dirahmati olehNya.Aku rasa dah ramai yang tengok video tu.Dalam masa yang sama gak,banyak la aku terbaca blog-blog or some like quote yang lebih kurang pasal kawen,pasal bercinta lepas kawen and the most i want to BOLD for this time is menyesal kapel.

No.I'm not pointing it to any other party or other people around me.This is just about me.I wanna share something that i think i kept it for too long.It such a burden to me.First of all,bercinta lepas kawen adalah perkara yang sangat sangat sangat aku idamkan dari dulu lagi.Serius tak tipu,lagi-lagi time zaman aku start baca novel dulu.Time aku form 1 kot.Sronok ja aku tengok orang bercinta lepas kawen.hahaha.terINFLUENCE ngan novel plak dah.tak senonoh sunggoh.Okey.shut up.Jangan melalut okeyh izyan.Now,continue.

Senang cakap time sekolah menengah aku penah kapel.Haiishhhh.What i've done actually?? Serius menyesal.Ayah Mama,tolong maafkan akak.Hilang abes impian yang aku idamkan and aku plak tak pernah nak bertahan ngan apa yang aku pegang.Xtetap pendirian langsung.The most worse thing is my family doesn't know anything about this.Aku teringin nak bagitau tapi aku takut.Jujur aku cakap,even aku kapel tapi aku jarang sangat sangat sangat bersembang kat sekolah and jarang sangat sangat sangat buat apa yang kapel-kapel selalu buat.Okey dat's good and i'm satisfied.BUT there was still a title for me= "kapel". Rasa macam syok xingat la time tu.Tak pikir panjang.Seronok and dalam masa yang sama terseksa sebab sorok dari family.Hmmmmmm.*argghhhhh.pull hair* ~ At last,mak aku tau and aku hundred percent sure yang ayah aku pon tau gak tapi beliau buat-buat tak tau.Sepatah pon dia xpenah cakap apa-apa.Abang aku cakap maybe ayah aku rasa aku dah besar.Aku tau macam mana nak buat keputusan.Lelaki memang macam tu kan.Dorang banyak soh kita guna otak kita seniri.Thanks a lot dad.

One year later......
I'm now studying at faculty of medicine of Zagazig University in Egypt.Bumi barakah ni dah buka mata dan pintu hati aku seluas-luasnya.Aku amek keputusan yang paling tepat untuk tamatkan relationship yang aku dah bina sebelum ni sekali gus aku kembali memegang title SINGLE.Seriously,aku totally regret for what i've done.Mak aku pon tau kot yang aku dah tak kapel lagi.Rasa beban yang selama ni bermastautin kat otak aku hilang serta merta.Thank God! Syukur Alhamdulillah.Allah S.W.T buka pintu hati aku untuk kembali ke pangkal jalan.No wonder la waktu aku buat istikharah dulu,aku dapat petanda untuk sambung study kat Mesir.Rupa-rupanya ada something yang Allah nak aku ubah pada diri aku.

Setiap kali aku teringat apa yang aku dah buat,aku menyesal yang amat sangat.Aku menangis sepuas-puasnya pada Yang Maha Esa,sujud memohon keampunan.Taubat.Tu ja yang aku mampu buat bila berdepan dengan Penciptaku.Terasa diri begitu hina dan kerdil di sisi Allah S.W.T.Aku rasa bersalah pada Allah and pada mak ayah aku sebab aku dah bagi dorang risau.Mana tak weyh,anak pompuan kot.Mesti dorang mengharapkan yang terbaik dari aku.Sampai sekarang pon,aku masih mengharapkan keampunan dari Allah.Aku harap mak ngan ayah aku dapat kembali tenang.Kesian dorang.Jujur aku cakap,sepanjang aku kapel,aku tak pernah tenang sebab aku sorok dari parents aku.Aku rasa aku dah mengkhianati parents aku.Lagi plak,parents aku xbrapa nak encourage pasal kapel-kapel ni and aku tau dari dulu lagi.Tapi aku tak ikut.So,aku rasa aku gagal jadik anak yang taat.Bila sekarang ni aku dah stop semua tu,aku dah rasa tenang and aku nampak kebahagiaan kat muka ayah ngan mak aku.Syukur Ya Allah.

And come to think about marriage,aku teringin sangat kalau mak ngan ayah aku yang boleh tolong carikan.hehe.Tapi dorang tak nak.Dorang soh cari seniri.Xpalah.Biar Allah ja yang tentukan jodoh aku.Selagi tembok iman yang aku bina ni kukuh dengan izin Allah,aku akan cuba menahan diri dari terlibat dengan benda-benda yang berkaitan perasaan ni lagi.Aku menyesal dan aku xmau ulang benda yang sama. 

Saturday, November 12, 2011

Raya tak habes2..

Assalamualaikum..

Hehe.tajuk xbleh blah.bukan saya sebagai rakyat Malaysia,beragama Islam dan berbangsa Melayu ni nak ajak semua orang satu dunia supaya raya sampai xingat dunia.tidak sama sekali.di sini,saya dengan bangganya ingin menyeru semua warga di bumi ini supaya raya dengan berpada-pada.jangan jadik seperti saya dan housemate yang makan xhenti2.HAHA.juz kidding.bukannya apa.memang kalau ikut pon kita lagi patut memeriahkan raya Aidil Adha berbanding Aidil Fitri.tapi,nak meriah pon jangan sampai lupa dunia kan3?? bersederhanalah kita dalam semua aspek k. :)

Okeyh,troskan dengan sesi informal. Aku buat jugak entry kali ni sebab terasa diri begitu xcool bila xberblog.hehe.niat mula tu,nak crita semua pengalaman super best aku time eid adha kat mesir merangkap tahun kedua ni.tapi sebab aku boleh tahan malas jugak,so aku cita sikit je la ek.gambar2 bleh melawat fb saya.heee.sangat mencari publisiti.haishh.can u stop it,izyan! then,continue....

Raya first dah semestinya kat bumi Zagazig yang tercinta.hehe.almost one day party for my digestive tract.mana tak nya kan.before g sembahyang raya,aku n housemate menyuapkan mulut masing2 dengan rendang and masak maidin.niat di hati nak isi "SIKIT" ja perut ni.but,seriously don't u dare believe us in anything about FOODs.haaaa.we are some kind of food addict.heeee.we loooveeee FOOODDDsss .dah,stop merepek. Malam tu plak ada Jamuan Raya AQM. Menu: nasi bukhari n lauk daging apa ntah.sedaaapp.xtipuu.pastu ada sup daging kambing lagi.aku makan dua trip kot.bersamaan DUA besen kecil.HAHAHA.tapi share ngan orang len sama la.agak-agak la kan kalau aku sorang yang makan dua besen tu.baru ja nasihat orang supaya raya dengan sederhana,tengok2 aku yang melantak macam dah xdak hari esok.haishhh.insaflah.

Raya kedua kami bertolak ke Tanta plak dengan misi menghabiskan periuk nasik kat Tanta.haha.gurau je yek.don't take it seriously.we are lucky on that day sebab ada kenduri kawen + jamuan raya.dengan xmalunya,kami pon join. :) sampai sekarang aku dok ingat daging unta ngan kurma kambing dia.sedappnyaa.x liat plak tu.boleh tahan setengah hari jugak kami berkunjung ke rumah pelajar2 Malaysia di Tanta.besttt. :)) Malam tu,kami makan lagi. housemate Is suruh kami try makanan kat restoran Indon kat Tanta.Menu:ayam bakar kuah kacang.mahsyuukkkk nyaaa.sedaaappp~ Midnight tu bermulalah kemeriahan toilet di rumah Is starting dari pukul 1.30 pagi sampai subuh.HAHA.pikir seniri la ek. :p

Raya ketiga kat Mansoura.Jumpak kazen Tie and k.Aisyah!! manyiak syiiookkk ooo.k.Aisyah and housematenya bawak kami jenjalan.TQ!!! nanti kami mai lagi. :) kat Mansoura pon kami p kenduri kawen.wahh.semua orang dah kawen.saya?? bilakah?? mama & ayah nak tolong carikan calon kan?? ahaakkzz.

Keyh,sampai sini saja raya saya yang sangat bessttt pada tahun ini.post ni actually nak gtau kat ayah,mama,abang n adik yang saya sangat suka makan pada hari raya dan hari2 yang lain.hehe.tadi nak skype. ingat boleh cita live.tengok2 kena post gak.TATA~

p/s: Ayah,Mama!!! i gain two kg from my normal weight.kahkahkah :p

Saturday, November 5, 2011

Eid Adha di Bumi Anbiya' (YEAR 2)

Assalamualaikum..

Okeh penat. Baru lepas merewang dalam umah seniri n masak dua menu untuk raya esok.Even tak cukup bajet  nak buat open house kat bumi zagazig ni,tapi kami still bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan.okey la tu kan,dua ekor ayam.HAHA.

Menu untuk esok ialah RENDANG AYAM & AYAM MASAK MAIDIN(indian style).halamak.masyuk le raya tahun ni.dah la raya kat mesir ni meriah.BESTT. Badan dah penat sangat sebab dari tengah hari tadi tak berenti guna segala muscle yang ada.mula2 keluar beli ayam,bawang,gula,garam,tepung n semua2 lah yang diperlukan menjelang raya.Terasa diri begitu dewasa bila prepare seniri barang nak raya.Then,balik umah stat operasi merewang n masak.Alhamdulillah dah siap.Rasa?? tak tau lah.HAHA.rendang xcukup bahan.so,pandai2 la makan.but,no worries. Me and my housemate semua kaki makan. Main tibai ja makanan pa pon.teeheee.

Keyh,got to go.sangat mengantuk.esok nak g semayang raya kat Masjid Fattah.EID SAID semua!! 

Thursday, September 29, 2011

cream puff and picture yang OVER :p (UPDATE)

Assalamualaikum..

Semalam aku kira macam g kelas memasak la jugak.Belajar buat cream puff ngan jiran aku yang comel,Cik Ila. Dia dah macam mak angkat aku lak.Baik woooo.Tinggal brapa hari ja lagi aku nak dok kat Malaysia bumi tercinta ni.So,kenalah isi hari2 dengan penuh bermakna.HEHE.Aku xsempat nak update resepi dia hari ni.Dah nak bertolak g Johor dah.Aku dah sampai Mesir nanti,aku update len k.Kalau lambat tu,harap maaf la ek..


Layan la gambo2 yang over ni dulu ek.. TATA~








CREAM PUFF
Bahan-bahan:

  • 1 cawan air (250ml)
  • 1/2 cawan marjerin/butter (120gm) *kalau buat 2 adunan,masukkan je seketul butter.jadik je :)
  • 1 cawan tepung naik sendiri (120gm) - ayak
  • 4 biji telur
Cara-cara:
  1. Panaskan air.Masukkan butter sehingga agak-agak mendidih.Kecilkan api.
  2. Masukkan tepung.Kacau sampai jadi seketul bola (macam gambar number 2 di atas ye).
  3. Angkat adunan tadi.Masukkan dalam bekas lain.Kemudian masukkan telur.Pukul hingga licin.
  4. Bahagikan ke beberapa adunan yang lebih kecil (guna sudu pon boleh) ke dalam tray.
  5. Bakar dalam oven dengan suhu sebanyak 200 degree celcius selama 30-35 minit.

SOS KASTARD
Bahan-bahan:
  • 1/3 cawan gula (80g)
  • 2 cawan susu cair atau susu segar
  • 4 sudu kastard (kalau nak sos cair,letak kurang dari 4 sudu pon boleh.agak-agak).
Cara-cara:
  1. Masak gula dan susu atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula cair.
  2. Masuk tepung kastard yang dah dibancuh dengan sedikit air.
  3. Kacau sehingga likat.SIAP!!

Dah setel semua,boleh la masukkan sos kastard dalam cream puff tadi.yummyyy!! Ayah n mama saya sangat suka makan ini cream puff.HEHE.Sory lambat update.Baru pindah rumah,so lama gak xda internet.

~Just berkongsi resepi :))


Saturday, September 24, 2011

sob3

haii laa. napa hati ni cepat sangat terasa? stat result pinjaman keluar n aku xberjaya,aku senang sangat rasa sedih. berbekas sungguh. harap2 rayuan di terima. hmmm..kesian parents aku. seronok tengok kawan2 yang lain dah gembira dapat pinjaman. Ya Allah,kuatkanlah semangatku. janganlah Kau bolak-balikkan imanku.

Thursday, September 22, 2011

Roti Arab :)

Assalamualaikum...

Sorry lambat update. hehe. tak tepati janji langsung. roti arab ni senang jek nak buat. kalau orang dah terer,pejam mata pon boleh. tu untuk yang terer la. macam aku ni xterer g. :p

sebelum digoreng
selepas goreng. comeyyy ja kan? dia baru nak kembang tu,jangan salah sangka lak. :p

Bahan-bahan:

  •  1 kg tepung gandum
  • 1 paket mauripan
  • 1/2 tin susu pekat
  • secubit garam
  • air suam secukupnya
*kalau nak buat sikit,buat la setengah adunan. 1 kg tepung tu kira banyak gak. :)

Cara-cara:
  1. masukkan tepung gandum ke dalam bekas.
  2. masukkan mauripan ke dalam bekas yang berisi tepung tadi,then gaulkan sampai sebati.
  3. tambah garam dan susu pekat ke dalam adunan tadi.
  4. lepas tu,uli lagi tepung tadi sehingga menjadi doh yang licin. maybe tepung tu agak susah nak diuli, so kita tambah air suam. *jangan terlampau lembik sangat. agak2 je ek. :)
  5. setelah itu,simpankan doh dalam bekas yang agak besar dan tutup dengan kain lembab.
  6. biarkan ia naik selama satu jam.
  7. sementara nak tunggu tu,boleh la buat apa2 yang patut.buat kuah dia ka..hehe
  8. lepas satu jam,keluarkan doh,uli sekali lagi dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil.bulatkan doh dan canaikan/leperkan. *jangan terlalu nipis sangat and jangan terlalu tebal sangat.
  9. panaskan minyak secukupnya.setelah minyak cukup panas,masukkan doh satu persatu. siramkan minyak ke atas roti supaya roti naik kembang.goreng hingga keemasan. then boleh angkat dan toskan.
  10. SIAP!!! boleh la dihidangkan bersama kari,sardin atau apa2 ja yang sedap.
~sekadar berkongsi :)

Tuesday, September 20, 2011

bila larut malam

Bismillahirrahmanirrahim....

Apesal tajuk entry dah macam lagu Saloma ni.haishh.nasib la bila mata dah agak nak tertutup tapi tangan mau jugak nak menaip.actually,ada satu lagi recipe aku nak kongsi tapi aku lupa la.insyaAllah esok aku update.so,kali ni aku merapu ja lah ek.

Dah nak dekat abes Syawal kan? cuti aku pon dah nak abes. dah nak kena sambung balik pengajian sebagai bakal doktor. umur pon dah meningkat.nak masuk dua puluhan dah pon.so,make sense la sepupu sepapat yang rapat ngan aku pon dah meningkat usia.ada yang dah berumah tangga.ada yang bakal nak bergelar isteri n ada jugak yang tengah tunggu jodoh macam aku ni.HAHA.time balik kampung,beraya hari tu,sepupu aku cakap dia dah nak kahwin.then tiba2 aku touching lebih.rasa nak nagis sebab semua sepupu yang rapat ngan aku dah nak masuk alam len. ngan sapa plak aku nak kawan pas ni bila balik raya.haillohh. but it's a good news rite,so i'm not supposed to be upset.aku doakan semua dapat jodoh baek2.

Yup.frankly balik kali ni keja cakap pasal kahwin ja.bukan aku la nak kahwin.orang lain n aku nyibuk gak.dengan umur aku yang agak dah matang,kaum2 yang berbincang isu kahwin pon xhalau aku.dorang bagi jek aku join sembang pasal tu. teehhee.untuk sapa2 kat luar sana yang dah nak berumah tangga,tahniah!! kalau dah mampu,go for it.buat pa tunggu lagi kan. marriage is not a crime. so,xda masalah pon nak nikah awal kalau mampu jalankan semua tanggungjawab..ecehh izyan. asal kau cakap dah macam pakar motivasi rumah tangga neyh.OK.stop takat ni pasal kahwin~

Sejak balik Malaysia ni,aku happy jek memanjang.exam dah abes n banyak problem dah settle.attachment kat hospital pon dah selesai.skang tinggal nak prepare barang2 nak bawak balik egypt.hmm.dah xdak benda aku nak mengarut.mata pon dah layu.so,i better stop now. see yaa!!

* Thanks to Allah for giving me a chance to feel the serenity. Let fate fares you better hab>

Kek Sarang Semut

Assalamualaikum..

Entry number dua pada malam ini. still berupa recipe sebab aku sniri xbawak buku recipe aku. tinggal kat egypt.ehek. so,gunalah blog anda dengan baek. Balik kampung hari tu,blajar buat kek ni ngan acu. alhamdulillah jadik. this is my father's favorite cake. so,i decided to learn how to bake it.
*english terabur,grammar tunggang terbalik sila jangan gelak.klu nak btolkan,amat2 lah dialukan. :)




Bahan-bahan:
  • 7 biji telur
  • 2 cawan gula dijadikan gula hangus bersama 2 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan marjerin / 250g butter
  • 1 cawan gula halus (aku men pakai gula biasa ja :p)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu baking of soda
Cara-cara:
  1. Tepung diayak bersama baking of soda.
  2. Telur dan gula dipukul hingga kembang.
  3. Then masukkan susu cair dan butter. pukul hingga sebati.
  4. Masukkan tepung dan pukul dengan perlahan.slow and steady.hehe
  5. Kemudian masukkan gula hangus tadi. dah sebati,masukkan dalam loyang yang digriskan dengan butter.
  6. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
*Selamat mencuba. amat sedap untuk sapa2 yang sukakan kek lembap n manis ni. :)) 


Chocolate Trifle

Assalamualaikum..

Ok. ni post yang aku tangguh entah dah brapa kurun dah. so,today aku nak post sampai muntah hijau. payback    for my laziness before this. WARNING for those yang memang nak termuntah baca post aku kali ni,sila main jaoh2.haha


Bahan-bahan:

  • tepung kastard (perisa coklat)
  • 1 liter susu segar
  • chocolate cake or brownies (nak buat sniri pon boleh,beli kat kedai pon xpa.aku buat sniri ja.jimat :P)
  • gula secukup rasa

Cara-cara:
  1. masukkan tepung kastard ke dalam periuk,then campurkan dengan susu.
  2. masak atas api yang perlahan je tau. sambil2 tu boleh la masukkan gula. ikut selera anak tekak.ada orang xsuka manis.
  3. kacau sampai likat. agak2 dah boil sikit tu,tutup api n sejukkan.
  4. potong kek ikut suka,then masukkan dalam bekas.
  5. then tuang kastard yang dah sejuk tadi atas layer kek tadi.
  6. ulang number 4 & 5 sampai penuh bekas.
  7. SIAP! dah bleh hias.ada yang letak chocolate slice.aku men pakai M&M jek.simple.

*simple n yummyyyyy. lagi best kalau pakai chocolate chip brownies ke. fulamak! len kali la aku try plak.



Thursday, August 25, 2011

LAZINESS

Assalamualaikum..

Sssseesssuuaiii sangat bila tajuk entry aku camtu. sila baca ikut gaya masing2 keyh. ooohh yeahh,laziness struck!! since when u accompany me dis well huh?? aku memang amat malas nak berblog. memang bukan blogger sejati lah eden ni. xdk idea derr. apa nak tulis pon aku xtau. actually,ada something aku nak update. and now da problem is,aku xlarat nak transfer pic dari camera ke laptop ni. alaaa xmasyuk la entry aku kalau xdk pic tu. nanti aku update keyh! TATA~

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Ke-2 Menguji Kesabaran

Assalamualaikum..

Skarang ni dah masuk waktu subuh..actually dah masuk ramadhan ke-3 pon..so,entry aku kali ni berdasarkan pa yang aku alami sepanjang hari semalam..stat dari pagi xdak pa sangat..macam hari2 biasa..kosong..but i filled it with WORKS..yaa..dari lepas zohor,aku dah atur benda pa nak kena buat..sibuk gak hari ni sebab nak prepare before balik Malaysia..maybe sebab penat plus panas summer yang sangatlah terasa,aku jadik emo lebih kot..haha..bleh tahan tension gak hari ni..siang tadi,aku terasa terhina disebabkan satu incident ni lah..i don't want to mention it..biar lah aku sorang ja yang tau..yup..aku tau aku datang dari keluarga yang biasa2 ja..cukup sekadar aku yang tau pa yang aku buat untuk family aku tu,benda yang betol..sedih n rasa nak nangis..aku tahan ja..sabar izyan..sabar..perasaan aku ja tu..tapi,aku xdapat tahan air mata ni dari mengalir bila mengadu pada Yang Maha Pencipta..selesai solat,aku tros pujuk diri sniri..alhamdulillah Allah S.W.T bagi aku kesabaran tu..aku berjaya kawal diri aku..hati yang terluka tu aku biarkan ja berharap dengan izinNya,luka tu akan hilang..so,aku troskan Ramadhan ke-2 dengan macam2 perasaan..tenang sekejap lepas solat tarawikh..then,aku,hana n ti kena buat prosedur result sebab kami baru dapat tau kena download bagai..so,kami pon buat..tension gak buat benda ni sebab banyak link xbleh bukak..sabar lagi tapi tension lebih mengatasi..serius rasa cam nak nangis..mula la kejadian siang tadi terungkit balik..kebetulan aku tengok result aku,alhamdulillah aku dapat troskan pengajian tahun 2 tapi aku xseberjaya kawan2 aku yang lain..time ni la rasa sebak sebab aku xdapat capai apa yang aku janji kat parents aku..sekali lagi,sabar ek izyan..tahan nangis tu..so,aku buat2 relax..beban lam hati hanya Allah ja yang tau..sampai aku tengah menaip skarang pon rasa nak menitik ja air mata ni..tapi segan la..da housemate len..nanti dorang cakap apa lak kan? aku rasa,aku jadik ceni sebab aku tahan dari siang tadi sampai la skarang..doakan aku ok esok.. :)

Ya Allah..tingkatkan lah kesabaranku..amiin ya rabb..

current mood: can't describe at all..