Wednesday, July 27, 2011

SUMMER = Jaulah Kaherah

Assalamualaikum..

Okey..macam biasa..tajuk entry mesti ciplak yang kat FB punya album..hihi..it's ok..janji isi lam blog lagi banyak dari FB la..hari sabtu lepas bersamaan 23 Julai,aku n housemates mengambil keputusan yang super cool untuk menjelajah dunia Kaherah@Cairo.. :)

Destinasi waktu hari sabtu tu ialah Asfour,Hussein n City Star..kami meneruskan perjalanan dengan menaiki sebuah kereta Peugeot n berbekalkan seorang mushrif dari universiti Azhar cawangan Zagazig..perghh..xbleh blah essay aku ni..xpa la ek..terima ja la keSKEMAan aku di malam hari ni..hehe..skali skala ja..ok sambung..then kami tros g destinasi pertama iaitu Asfour..Asfour ni merupakan tempat menjual barang2 kristal yang superb shining..takott oo masuk kedai ni..ya laa..kalau la aku terlanggar mana2 chandelier lam kedai ni,x ka parah aku nak bayau..wuuuiii..mafish fulus oo..dengan eager nya,aku pon memerhati la beberapa perhiasan yang bagi aku sesuai nak bawak balik Malaysia..hmm..besday adik aku pon aku xbeli g time tu..macam best gak kalau carik hadiah dia kat sini..halamakk..kakak yang baek sunggoh.. :p

Dah2..xguna aku cerita panjang2..topik tetap sama gak..CARI BARANG UNTUK ADIK AKU..hehe..jom reveal gambo.. :D

Asfour..dunia kristal..

Aku n Mariati..Ti,sorry gambo separuh..den xperasan..hehe

Aku n my roommate,HANA.. >_<

Aku n Ina..adoii..possing aku bajet best..rasa cam nak bagi makan kasut ja..xreti possing tol..


Kejadian Super COMEL di Kaherah .
Bagi aku kes2 macam ni comel la..xtau la kalau korang kan..maybe kalau korang tengok sniri comel kot..ceni..pakcik yang bawak kitorang nek peugeot tu xbapa sure jalan kat Kaherah tu..untuk mengelakkan dari kami sesat,beliau pon bertanya la kepada beberapa orang yang berada di luar sambil memandu..kebetulan time tu jalan kat Kaherah sesak gak..peak hour kot..kan banyak kereta kat situ,so beliau pon jerit la panggil mana2 pemandu kat sebelah menyebelah yang dengar..kalau dorang tau,dorang pon tolong la jawab dengan besar hatinya..yang bestnya,bukan setakat sorang ja yang terangkan jalan tu,kadang2 sampai dua tiga orang skali tolong gtau jalan..aku rasa cam dah boleh buat sidang perhimpunan pemandu2 baik hati dah kat tengah2 sesak 2..kiowoo..haha..dengan adanya bantuan super comel dari pakcik2 len,kami pon berjaya sampai ke semua destinasi dengan selamat..syukran ya ammu!! :)

Next destination,HUSSEIN..Hussein ni lebih kurang sama spesies ngan pasar malam la..selalunya student2 yang nak balik Malaysia beli barang kat sini..banyak cket choice nak buat souvenior..aku pon x tertinggal dari beli barang kat sini..tapi xla banyak..kena bajet gak kan..aku student g..kalau aku kaya,dah lama aku beli satu Hussein ni..hakhakhak(gelak xikhlas)..
Yang best kat sini ialah GADOH ngan orang arab..hehe..bukan la gadoh sampai nak bertumbuk tu..gadoh mintak kurangkan harga ja..rugi la kalau xmintak kurang kan?? aku ni xdak la reti nau bahasa arab tu..boleh la setakat nak beli barang..bantai je cakap..janji maksud sampai..yang aku bangga siap bleh gadoh g..at last dapat gak harga yang aku nak..thanks ammu!! hehe..berbaloi saya gadoh ngan ammu..kami jalan kat sini sampai nak maghrib gak la..naseb bleh jamak..

Then g City Star..ni macam super market yang super besar gak..xlarat nak jalan dowh..dah la dari pagi jalan ngan bawak bag pack lagi..aku xdak pa nak cita sangat kat sini..keja makan jaa..hehe..pas abes makan n shopping makanan jugak,kami pon mengambil keputusan untuk tros ke rumah iefa(schoolmate aku) kat Hayyu Sabiek..kiranya kami dah xikut mushrif dah..jalan sniri2 ja..dah sampai umah iefa tu,hamek ko.......pas solat ja kami tros menelentangkan diri x hengat dunia kat atas tilam empuk yang disediakan oleh housemate iefa..thankz furaa.. :)

Haa..keesokan harinya la aktiviti yang paling best skali..kami tumpang umah iefa 2 sebenonye nak g Jaulah Maqam anjuran Perubatan Cawangan Kaherah di samping nak ziarah kawan skolah aku tu..hehe..serius best jaulah tu..ustaz yang bercerita tu pon besttt..kat bawah ni aku cita cket2 ek yang mana yang aku ingat sambil nengok gambo.. :p

Maqam Sayyidah Nafisah..keturunan Rasulullah S.A.W

Masjid Amr bin Al-Asr..pembuka kota Islam di Mesir..Subhanallah..seronok bila dapat pegi tempat2 hamba Allah yang solleh ni..

Maqam Imam Syafiei..rasa nak nangis bila ada kat sini..cuba la korang datang kalau ada kesempatan ek .. :)

Maqam Rabiatu Adawiyah,Maqam Mohd Ibnu Hanafiah,n Maqam Zunun Al-Misri..

Maqam Rabiatul Adawiyah..ibadahnya kepada Allah S.W.T bukan kerana takot dan untuk mendapat rahmat Allah tetapi kerana CINTAnya kepada Yang Maha Esa..

Dikatakan oleh sumber2 tertentu bahawa ni adalah serpihan batu Hajarul Aswad..wallahu'alam..

Maqam Imam Hassan Al-Banna..pengasas Ikhwanul Muslimin..

Maqam wali kecil,Asyraf Al-Rifai'..dilahirkan pada 1966 dan meninggal pada 1970..berjaya mengahfal Al-Quran dengan tajwid yang betol semasa berumur 3 tahun..MasyaAllah..

Masjid Sultan Hassan..digelar Piramid Islam sebab binaannya yang gah..memang lawa structure masjid ni..besar lak tu..

Haa..ni aku n iefa..hehe..jejak kasih lam Masjid Sultan Hassan..

K.A.M.I

ahli2 Jaulah Maqam Kaherah

me n my housemates.. :)

makan malam ngan housemate iefa di Cafe Baitul Hasanah..sedappp~


Dah tido lagi semalam kat umah iefa,hari isnin 25 Julai baru kami berangkat pulang..fiuhh..first time nek bas sniri n g tempat2 yang xpenah tau pon rupa dia macam mana..iefa antar kami depan bas nak g Ramsis..sblom sampai tu memang takot gak sebab aku xpenah tau pon Ramsis tu macam mana..naseb baek ammu bawak bas tu cakap..then,kami amek taxi ke 'Abud(tempat perhentian tremco)..ni satu lagi hal..aku n housemate memang no idea la 'Abud tu cena..haishhh..takott sunggoh..at last,sampai gak kami ngan selamat n kami pon pilih la tremco balik Zagazig desa tercinta..ceewaahh..Lagi Kejadian COMEL di Bumi Mesir.Waktu lam tremco nak balik Zagazig tu,ammu yang bawak tremco tu berenti jap..kat mana ntah..aku pon xtau..aku tros la menikmati keindahan pemandangan sambil dibuai angin yang xberapa nak sepoi2 tu..then,beberapa mamat yang kluar time tremco tadi berenti pon masuk la ke dalam tremco semula sambil membawa beberapa botol air yang telah diisi ngan air sejuk..waahh..dorang bawak air tu untuk kitorang semua yang da dalam tremco tu..comeelllnyaaa..even xlama pon dok lam tremco tu,tapi rasa cam family sniri..pakcik2 lam tremco pon baek2 ja..huhu..terharu sunggohh..At last,sampai la kami kat Zagazig desa tercinta tu..even xmacam Kaherah,maju n besar,tapi kami tetap mencintai desa Zagazig n makanannya yang superb sedapp..haha


~TAMAT~

Monday, July 18, 2011

My first birthday in EGYPT !!

Assalamualaikum..

Disebabkan hari ni idea aku nak menulis xbrapa nak mencurah ke ladang gandum,so tajuk entry pon terpaksa sama ngan lam FB..hehe..yeay!! i am 19 now..ni la peluang2 terakhir nak menjalani hidup sebagai seorang remaja kalau panjang umor.. :p

Hari ahad lepas,aku,Hana,Ina n Ti g la makan2 kat cafe Quatro..nak makan kek punya pasal ean..tapi masing2 bayar sniri la..fulus xbanyak nak belanja makan..haha..aku order dua jenis cheese cake n yang len2 order cake dorang sniri..gambo time g makan ni xbanyak sangat sebab aku lupa nak bawak camera..so,hana la tolong tangkapkan..2 pon masing2 punya dah tinggal cket n agak hancur baru dia tangkap..haishh..hana..hana.. :D

Aku xberniat nak tulis panjang2..serious idea xbanyak..thankz to my family n all my beloved frens yang wish time bsday ri2..terharuu sunggoh..xsabaq nak kelik MALAYSIA..ayah cakap nak celebrate balik my bsday..haiiyaa..ayah manyak comell oo..beliau nak bawak saya makan ikan bakaq..memang bina badan la aku nanti..heeee~


Hana,Ina n Ti bagi.. :))



hana punya..hancur sudah..lawa oo cake ni..pandai2 la bayang sniri ek.. :DD

ina punya choc cake di situ..

beta punya cheese cake.. :)


hampir abes..Ti punya.. :p

cinnamon latte~

cappucino~

p/s: special thanks to SYUKRIAH,HANA,INA & Ti 4 da birthday song..haha..syukriah siap men keyboard kak aizzah lagi..halamak..terbaekklah!!

~17072011~

Sunday, July 17, 2011

EGYPT best!!

Assalamualaikum..

Skarang kat Mesir baru kul 5.40 a.m. and suprisingly aku dah BANGUN..haha..pas bangun subuh kul 4 tadi,aku tros amek keputusan xnak tido sebab kul 8 japg ada perjumpaan..kalau la aku tido balik pas subuh tadi,kompom aku xg dah perjumpaan 2..hehe..entry aku kali ni bukan nak cakap pasal perjumpaan..aku nak cita some of my experience living in Egypt that can be categorized as super cool or super cute..heee~

Da la satu hari tu,aku n 3 lagi housemate g jalan2..kami kat sini kan kalau nak g mana2 lagi senang nek tremco(pengangkutan awam yang mudah ditemui)..time tu,kami dalam perjalanan nak balik umah..tengah kami empat2 dok sronok layan blues lam tremco sambil dibuai angin yang agak panas tu,tiba2 tremco tu berenti kat satu bangunan ni..kalau ikut,bangunan ni bukan la tempat tremco tu patot berenti..aku pon dengan coolnya menjengah keluar tingkap nak menyaksikan apa yang berlaku..aku nampak ada dua tentera jaga kat gate bangunan tu ditemani oleh sebuah kereta perisai yang gagah berada di sebelah..then aku pon continue menengok..rupa2nya,tremco tu berenti sebab budak yang jaga tremco tu nak isi air..nak buat minum kot..dia mintak la ehsan sorang dari tentera tu..kebetulan tentera tu tengah curah air kat jalan..xnak bagi tanah gersang sangat..bahang kott..dengan bangganya tentera tu pon mengisi air ke dalam botol yang dihulurkan budak tersebut sambil tersenyum..caitt..puitis trok ayat aku ni..pa2 pon aku terharu tengok scene tu..haha..dah la tentera tu hensem,baek lak tu..yang sorang lagi tentera,tengah khusyuk baca al-quran kat atas kerusi..halamak..sejuk hati tengok..alhamdulillah..ni contoh yang baek untuk semua orang kan..harap2 kat Malaysia pon ada budaya membaca al-quran ni even kat tepi jalan sekali pun..

Next, time dalam tremco gak..waktu tu aku dari Salam nak balik rumah..aku sorang ja time tu sebab aku da perjumpaan..then,tremco tu berenti kat perhentian seterusnya,kat Mau'af..ramai makcik2 nak nek tremco tu..alhamdulillah la tremco tu penoh ngan perempuan ja..aku pon bagi la tempat duduk aku kat salah sorang makcik tu..kita kan kena menghormati orang tua..hehe..pastu,kat perhentian seterusnya lak,ada sorang makcik lam tremco ni nak turun..so satu seat kosong even ramai lagi yang xdapat duduk..normal la tu..bersempit2 dalam tremco..cam nek train gak.. :) makcik kat belakang aku tu soh aku duduk..tapi aku kesian tengok da sorang makcik ni sampai terpaksa share kerusi ngan kawan dia..badan dorang kat sini dah la boleh tahan besar gak..heee..aku nak bagi la makcik tu duduk..tapi dia cakap "faddal ya habibi..mesyi.." kalau la nak translate btol2 ikut BM,dia jadik " silakan wahai sayangku,xpa"..perghh..ayat super duper cool di situ..sedap ja nak dengaq..yup..bahasa arab memang indah..hehe.. n at last aku berjaya sampai ke rumah ngan selamatnya.. :D

Banyak g pengalaman yang best2 kat sini..tapi ni antara yang still fresh di ingatan..haha..yang len lupa sudah..TAMAT~

Friday, July 15, 2011

mood oren :)

Aku pon xtau bila aku stat minat kaler oren n peach ni..hehe..setelah penat lelah menukar kaler blog n mengSIMPLEkan banner,aku pon gagahkan diri gak menaip sebab lama sangat x post..sunyi tol blog aku ni..len kali aku post ek..banyak benda nak cita tapi malas punya pasal..kalau rajin,rasa cam nak post 10 entry skli la plak..bila malas,hmm..hampeh..satu entry pon xlarat nak buat..see yaaa!!! :))