Wednesday, May 16, 2012

Happy Teacher's Day

Bismillahirrahmanirrahim..

Okey.Tolak buka tepi sat.Rehat seketika.Hehe.Memandangkan hari ni 16 Mei HARI GURU,aku buat entry special untuk mama dan ayah yang telah bergelar seorang guru sejak puluh tahun yang lalu.aku pon lupa berapa tahun.hehe.yang pastinya dah lama la.

Selamat Hari Guru ayah,mama...
Terima kasih atas segala ilmu yang ayah mama curahkan dari kecik sampai la kakak besar dah berkilo2 sekarang ni..
Terima kasih sebab membesarkan kakak dengan ilmu agama yang cukup..Alhamdulillah ilmu agama yang ada mampu bimbing kakak bila berada jauh dari family selama 7 tahun ni..
Terima kasih ajar kakak cakap sejak baby lagi.Kakak juara cakap paling awal kot antara adik beradik.HAHA.bangga seketika.and sampai sekarang cakap dah tak tau nak berenti plak.hehe..
Terima kasih didik kakak dengan akhlak yang baik.Even kadang2 tu ada jugak gaduh2 ngan abang and adik tapi lepas tu baik balik kan? sebab mama cikgu BM,so mama dah ajar kami dengan peribahasa 'AIR DICINCANG TAK KAN PUTUS' dari dulu lagi.haha..
Terima kasih hantar kakak kat sekolah2 terbaik. Tadika Bunga Raya,Sek Keb Convent Father Barre,Sek Men Sains Sultan Mohamad Jiwa dan terakhir sekali di bumi anbiya' Universiti Zagazig.Kat semua tempat ni kakak dapat cikgu2 yang tak ada tandingan.. (kalau abang yang senaraikan nama sekolah dia lagi banyak.hehe)

Ayah Mama sentiasa jadik pembakar semangat kakak. I likeee :p
You guided me when i was lost..
You supported me when i was weak..
You have enlightened me all through..
You plant seeds of all kind of knowledge that grow forever inside me :))
For all your patience,caring,kind words,and sharing....
I just want to say THANK YOU ayah and mama!!! love both of you forever lah!! :)
I am your number one fan.hehehe

Tengok.nak tulis wish kena campur dua2 bahasa.Ayah cikgu BI,mama cikgu BM.kan3?? hehe
Itu saja untuk entry ni.tak boleh tulis banyak2 nanti mama ngan ayah nangis.HAHA.mama dah la kememeh.ayah tu nampak je ganas hati ada taman. :DD

Ayah mama sentiasa jadik pembakar semangat kakak.Abang,adik ngan neko pon even bukan cikgu.hehe.


Selamat Hari Guru Sir Amir Samad dan Puan Norliyah Adam.
Majulah PKKK untuk Malaysia.hehehe.




Wednesday, May 2, 2012

Ketenangan yang abadi

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebenarnya aku tak suka nak melepaskan tension kat blog or facebook. Tapi ni ja cara yang aku ada sekarang.Biasalaa. Dah nak exam ni memang camni.Tension sana,tension sini.*sigh.

Aku pon bukan suka tension2 ni.Tapi kalau aku tak penah tension,macam pelik plak.Aku manusia jugak weyh. So,bila aku tension,aku memerlukan ketenangan yang abadi. Aku butuh waktu untuk menyendiri.Haa.kan tak pasal2 cakap indon plak.Ada la housemate aku tanya and jujur aku cakap aku tak mampu nak cerita.Terima kasih sebab amek tau.Aku hargai sangat2.Salah aku jugak bila ada antara housemate aku terasa sebab aku macam over berahsia. Tapi,aku lebih suka pilih cara tu.Buat masa ni,ketenangan yang aku boleh dapat hanyalah dari yang menciptakanku,Allah S.W.T. Aku harap sangat hampa bleh paham.Tak pasal2 dah tambah satu lagi ketensionan aku.


Have faith in Allah.Believe in HIM.

*Tips aku kalau tension:

-Solat.sangat menenangkan.
-banyakkan istighfar.cuci hati sendiri.
-pegi la jalan2 mana yang patut.sambil tu bleh shopping :)
-baca artikel yang boleh bagi semangat.macam kat iluvislam ka.bila aku baca artikel2 camtu,dia menyedarkan aku balik betapa Allah sentiasa ada ngan aku.so,aku xperlu takot.

Saturday, April 14, 2012

Mumbling early in the morning...

Just done with my 18 pages LOWER LIMB but still can't memorize it. What??? 18 pages onlyyyy?? I think i started early till now ,without even taking  a nap as everybody in my house did. What happen actually?? Ni semua laptop punya pasal.haissshh.ganggu kosentrasi aku betol. Nasib dapat capai target. :p

About an ages i've not pour all my fantastic,artistic and joystick writing in this blog. Idea tak payah cakap lah.Memang zero.Kemalasan tahap mega.Ke-busy-an terserlah.That's why i cannot lay even one of my finger on this keyboard and start writing.arghhh. Malas tak terkata.

Exam dah nak start.Silibus banyak tak abes lagi.Prof ngan student tercungap-cungap memecut menghabiskan silibus sementara peluang masih ada.Aku yang rasa bertanggungjawab ni pon start lah study.Post aku kali ni memang untuk merapu dan berleter.This is kind of mouth and lip exercise without throw out ur voice.Gile kau nak melalak pagi-pagi.Ade yang baling bantal kat aku ni kang.Kok ye pon nak exercise mulut, tak payah melalak. Cara yang aku bagi ni efektif.HAHA.

********

Azan subuh baru ja berkumandang.Aku terpanggil untuk menunaikan solat pada Yang Maha Esa.Stop mumbling and pergi amek wudhuk okeyy.

Wednesday, February 15, 2012

Bermusafir ke SINAI-DAHAB

Assalamualaikum..

Dah lama tak post.I knew it.Seriously malas.Sebelum ni,kalau pegi jalan mana-mana ka,mesti balik tu aku semangat abes nak update blog.My spirit beyond da imagination.Huk aloh skrang ni,malas bebenor.Tapi takpa.Bajet aku Fatin Liyana ke yang orang tunggu post aku?? Ke Hanis Zalikha yang orang comment xberenti?? Excuse me izyann.please come back to your senses.So,xpe la kan kalau aku post jarang-jarang pon?hehee.

Winter break kali ni,aku and housemate bermusafir ke SINAI and DAHAB.Still dalam Mesir jugak.Kalau nak tau,Sinai tu kawasan pergunungan yang famous di panggil Jabal Musa oleh masyarakat tempatan.Aku memang dah lama teringin nak pegi Sinai ni.At last dapat.Bertolak dari Zagazig bersama rombongan siswa AQ dengan 2 buah bas.Terasa diri begitu excited di situ.heee.Barang tak payah cakap la.Perempuan kan.Kalau bawak tu macam dah tak nak balik dah.haishh.Bila nak insaf ni??Okeyh,dalam bas xde yang menarik.Sampainya kami di Sinai,banyak aktiviti yang diaturkan.Melawat macam-macam tempat.Ustaz cakap,persiapan stamina nak panjat gunung.hehe.So,kena la jalan sikit.Kami dikehendaki berkumpul pada jam 12 tengah malam unutk sesi taklimat sebelum memulakan pendakian.Dah siap comey-comey ngan baju bubble masing-masing,siap mafla bagai,kami pon berkumpul untuk mendengar taklimat.Memang setebal mungkin la pakai.Angin yang bertiup malam tu,Subhanallah.Hanya Allah ja yang tahu,betapa sejuk and kencangnya.Even time kami pegi tu tak sejuk sangat,tu pon dah kira sejuk bagi aku.

********

Waktu start daki gunung,kami semua berada dalam kumpulan masing-masing bersama musyrif dan musyrifah.First-first tu okey lagi,tapi bila dah jauh berjalan,terasa penat dia.Aku mula la bermonolog dalaman time tu.Saja nak bagi semangat kat diri seniri.Banyak gak check point kami berenti nak rehatkan penat badan.Sepanjang pendakian kami ke puncak gunung,banyak benda yang aku dapat.Kebesaran Allah S.W.T yang tak tergambar dengan kata-kata.Unta-unta yang tak berhenti bekerja membawa penumpang,walhal kecuraman gunung tu,pada mulanya buatkan aku tak yakin dengan kebolehan unta untuk naik ke atas.Ya la,kaki dia yang panjang and tinggi berkali ganda dari aku.For me,we as a human are more stable then them.But NO.Their feet are really strong.Subhanallah.I saw it with my own eyes.Selain tu,aku tersentap seketika sebab betapa jauh dan curamnya perjalanan nak ke puncak gunung setinggi 2285 meter tapi Nabi Musa A.S boleh meneruskan pendakian untuk bermunajat kepada Allah S.W.T tanpa keluh kesah.Tu yang membuatkan aku tak putus asa nak daki sampai puncak even penat sekalipun.Sebelum sampai puncak,kena daki anak tangga dulu.Ada lebih kurang seratus lebih anak tangga yang terhasil daripada susunan batu-batu yang besar.Tinggi dan curam.Tu ja yang mampu aku gambarkan.Banyak kali jugak aku terduduk sebab badan melayang kena tolak angin.gayat seyh.Tak berenti aku berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.Semoga Allah memudahkan pendakian aku.At last berjaya jugak sampai.Syukur ke hadrat Allah.Terbukti selawat ke atas nabi sangat-sangat membantu pendakian aku. :)

*********


Tengah hari tu,kami terus berangkat ke Dahab.Sepanjang perjalanan ,dalam bas xda benda menarik melainkan dengkuran para peserta yang terlebih penat setelah berjaya menawan puncak gunung.hehe.Aktiviti kat Dahab semuanya best-best.Quadbike,snorkeling,glass boat,shopping,makan seafood and main UNO! Malas nak ulas kat sini sebab kalau cita memang tak habes la.Aku pon lebih berminat nak cerita pengalaman naik gunung tu ja.So,target dah di capai.Eden boleh le tido skang ni.Kalau rajin aku upload pic sepanjang percutian. :)

Blog aku xda pa yang menarik pong.Saja nak share pengalaman sebagai pelajar perantauan. :)