Wednesday, September 24, 2014

Posting Elektif, A&E Department,Hospital Sungai Petani.

Dah lama rasanya tak menulis kat blog ni. Bahasa yang nak digunakan pon aku tak tau nak pakai apa dah. Saja nak share pengalaman aku attachment kat hospital sebagai student medic.Tahun ni,asal introduce diri ja,doctor akan tanya aku year berapa? "nak masuk 5th year,doc",jawab aku lah.Then disebabkan umur and tahun belajar pon agak banyak,so,agak mencabarlah attachmentnye.

First day dah diminta belajar ECG (Electrocardiogram) yang sebenonye dah lama belaja dan dah lupa teros.Doc nak kami present depan dia apa yang kami dapat.GULPPP..Bergegas aku cari MA (Medical Assistant) mintak dorang ajarkan ECG.Esok,tros present depan doc.fiuhhh.satu dah lepas.
Dah masuk 3 hari doctor suruh amek history patient plak and present depan dia.ohmooooo.aku penah la main2 dalam kelas tanya sesama kawan jek.tapi dorang tu tak berpenyakit.ni yang berpenyakit ni,aku xpernah plak tanya.Tapi,cabaran harus disahut!!! (fire mode activated).and fiuhhh skali lagi,setel present kat doctor even banyak benda yang aku terlepas pandang.then the next and next day tu dah berani jugak la nak amek history patient.

Seriously before start attachment ni,aku sampai menangis nangis kat mak sebab aku tak nak buat attachment.Sampai rasa nak balik Mesir awal ja.Tapi bila dah start,aku rasa best.Banyak benda bleh belajar kat bahagian emergency ni.Kawan aku,Ina sampai buat CPR.Doctors,nurses,and medical assistant sangatlah baik.Even kadang-kadang ada yang tak mesra alam sangat,tapi kena pahamlah,dorang busy.its okay.I can cope with that.

***I met an adorable 6 year old child today at asthma zone.pity her cute little face that turned pale due to her asthmatic problem.she is sooooooooo cute.and you know what,,,she looks like your niece.I thought she was your niece.haha.i'm shocked for a while.Kakak harap syifa allisya cepat baik yee.nanti boleh main kejar kejar.eyhh,kakak ke aku ni? hikhik.

Sekian ek..mintak diri dulu.

Saturday, April 12, 2014

Hallow..Perhaps?

Yesterday....
Yessss!! Now is definitely a chance for me to be at the same level as u! Stay tune..........

Today........
I am no match for u...(just by looking at A picture for 2 minutes)

SELF REFLEX 

Thursday, February 7, 2013

Santapan di sinai-dahab..

Bismillahirrahmanirrahim..


Yess.aku ke sinai-dahab lagi tahun ni.tp statusnya berbeza dengan tahun lepas yakni sebagai AJK makanan.bukan sebagai peserta.Bila kita bekerja baru kita nampak cabaran dia n baru kita rasa susahnya adhoc2 tahun lepas nak lancarkan perjalanan jaulah.Ya lah,bila jaulah macam ni,jauh pulak tu,kita tak dapat nak expect apa yang bakal mendatang.Kita tak dapat nak sangkal yang maybe plan yang kita buat tak kan jadi 100%.Sabar itu perlu..

 Jaulah kali ni,sumpah best tapi ada penyesalan sikit.Aku tak dapat naik gunung yg penuh ngan salji tu.so,dengar cerita orang ja la.pengalaman tu tak dapat nak sampaikan sendiri.Ada rezeki boleh pi lagi kan? Tak dapat pegang salji pon tak pa lah.aku dapat basuh periuk2 bagai dengan air yang sangat2 sejuk.haa.tak semua orang ada pengalaman basuh periuk bertimbun2 disamping air yang sejuk membeku tu.Air yang selama ni lembut,tiba2 bertukar menjadi sebilah pisau yang tajam menghiris jari-jemariku yang mulus.aikk? mulus ke?? arghh.dah izyan.merapu.next..

Dekat Dahab pon sangat2 best.Aku belajar banyak tahun ni.Pengisian lepas solat sangat2 bermakna.syukran unit tugas2 khas yang berusaha buat pengisian sebegitu rupa.Ada satu yang aku nak kongsi.Ada sorang senior aku ni bagi input rohani sikit malam terakhir kami berada di Dahab.Dia ulas pasal ayat dhuha.Ayat yang diturunkan sewaktu Nabi Muhammad S.A.W berasa tertekan Allah S.W.T dah lama tak berhubung dengan baginda.So,make it simple,ayat ni membantu disaat kita tertekan.Hayati ayat2 surah dhuha ni.Allah terlampau sayangkan hamba2Nya sehinggakan kita yang banyak buat dosa sekalipun Allah masih bagi kita nyawa.pernah tak kita terpikir untuk apa nyawa tu diberi? Allah nak kita terus bertaubat dan bersyukur.Ada satu lagi persoalan yang senior aku utarakan.Allah ni pernah tak cemburu sekiranya hambaNya lari tinggalkan cintaNya untuk mengejar cinta insani? dan jawapannya ya.Allah punya rasa cemburu.Bila aku pikir balik benda yang jadi sekeliling aku termasuk yang jadi pada diri sendiri dengan apa yang aku baru belajar ni,aku baru tahu yang Allah selayaknya cemburu.Ya lah,kita ni sebagai manusia,bila kita dah suka pada seorang insan lain,kita cuba nak jadi yang terbaik dimata dia.Sedangkan cinta manusia tak kekal lama.Kita tak pulak nak jadik yang terbaik di depan Pencipta kita.Allah.....sungguh aku mengaku nak jadi yang terbaik untuk seorang insan yang kita sayang or cinta sangat2 susah apatah lagi nak jadi yang terbaik untuk Yang Maha Esa.



Aku nak kongsi sikit pengalaman seseorang yang aku dengar.Maybe kita boleh muhasabah sama2.Okeh ceni crita dia. Seorang hamba Allah ni ada menyimpan perasaan pada seseorang yang bergelar insan.Setiap apa yang dia buat,dia cuba nak mendapatkan perhatian orang tu dengan cara jadi yang terbaik dalam apa benda sekalipun sebab orang yang dia suka tak kenal dia.Tapi makin dia cuba makin dia rasa benda tu sia2 sebab dia rasa orang tu sangat jauh nak digapai.Bila dia cari jalan tenangkan diri baru dia sedar yang selama ni dia just cuba jadi yang terbaik depan seorang manusia ja.Dia lupa yang Allah ada bersama2 dia setiap masa.Dia tak pulak nak cuba jadik yang terbaik depan Pencipta dia.Kalau kita ni btol2 ikhlas rebut cinta Allah,tak mustahil Allah boleh bagi apa ja yang kita nak.Berdoalah.Allah suka orang yang meminta dengan Dia."Raihlah cinta Allah sebelum mencari cinta insani".

Dah tak memasal aku dok sayu2 kat sini.ni bukan sayu ek.ni muhasabah.hehe.aku teringat benda ni bila kami ada usrah kat dahab.Kalau tak maybe aku lupa n tak dapat nak share untuk diri sniri n org lain.Penyesalan seterusnya bila tak dapat makan seafood.Teringin nak makan kat Ali Baba tu sebenonye.Orang kata sedap.Ada beberapa musykilah yang menyebabkan aku tak dapat nak pi makan.Tak paa.nanti balik Malaysia aku bantai ikan bakaq Sungai Petani.lagi mahsyuuk.*sedapkan hati.Apa yang jadik kat dunia luar kali ni memang aku tak dapat nak crita sangatlah sebabnya aku asyik tenung carrot jek.



merempit dengan tayar empat.lebih ganas daripada biasa :P

gathering housemate.susah nak jumpak skali.inilah peluangnya.

Highlight aku untuk kali ni,memang xbanyak pasal pengalaman la.just kongsi apa yang aku dapat instead of panjat gunung dan sebagainya lagi yang xdapat dilakukan.hehe.sekian terima kasih.

Sunday, August 12, 2012

Masa yang singkat

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebagai blogger yang pemalas,aku memang kena menyerlahkan sifat malas aku tu dengan tidak mengepost apa-apa entry selama beberapa bulan.HAHA.ayat makan penumbuk.muqadimah mau classsss gitu.
Cuti aku di tanah air tercinta tahun ni tak lama.ada la lebih kurang sebulan.orang lain balik sampai 3 bulan.tu la sapa suruh balik lambat.tapi takpa.aku dah nampak hikmah dia.bila kita menghadapi apa-apa dugaan sekalipun,yang penting kita redha.insyaAllah lepas tu confirm rasa tenang. Jadual aku time cuti ni bleh tahan pack jugak la.hari selasa ni aku dah nak bertolak balik johor.nak bikin khidmat masyarakat kat nenek dan atok.hehe.awal ogos hari tu,aku attend satu program kat Kelantan (Yahoo@Beijing). Terbaik bohh program tu. Sangat menyentuh jiwa bila dapat berkhidmat untuk masyarakat2 Kelantan. Kelantan merupakan salah satu tempat impian aku untuk pergi bercuti. Kenapa??? Ada orang pernah tanya aku,"awat hang tringin pi Kelantan weyh? bukan ada apa sangat pon." Nope.ada sesuatu yang best kat situ.AURA dia.hehe.seriously jejak kaki kat negeri tu boleh buat aku tersenyum sebab aku respect tempat tu.Waktu buat khidmat masyarakat kat Bukit Tuku,Kelantan,aku memang rasa ada masalah komunikasi disitu.ya laa.rata-rata student semua orang kelantan.So,mereka tak la rasa sangat apa yang aku rasa.Susah gak nak faham bahasa Kelantan ni.Lagi-lagi mokcik ngan pokcik yang cakap laju-laju tu.Tapi depa ni baik.Aku dah mintak maaf siap-siap sebab aku orang luar.Jadi,mereka pon cakap dengan perlahan sedikit. :p Boleh la gak nak catch up.Apa-apa pon Kelantan BEST bro.very BESt bro.dah la penduduk dia segak-segak tak kira jantan mahupun tino :)

Sepanjang aku cuti ni pulak,aku bersyukur sebab kebanyakan hari memang full house la rumah aku.Abang aku pon balik.semalam baru hantar dia balik Lumut.Kami selalu menyembang-nyembang di dapur seisi keluarga takpun di dalam bilik untuk mengeratkan silaturrahim.haha.Adik beradik pulak dah besar-besar.aku dan abang aku telah pon sampai ke angka 20-an.adik aku sahaja masih dipertengahan sekolah menengah.Kira besaq dah la tu.So,topik-topik yang selalu dikupas iaitu soal perkahwinan mudah untuk diutarakan disebabkan faktor umur kami adik beradik.Best kot topik tu.Berangan memang la best kan.

Hari tu ada la terjumpak jodoh. Aku dah kabokan kat seisi keluarga and semua approve.HAHAHA.caitt dok men pakai approve dia ja.Pihak sana sikit pon tak tau. TETAPI dah terlepas derr.aku rasa tuan punya badan sudah berpunya. ya la kan.sapa tak nak pemuda yang baik dan good looking camtu.Haishhh. Ayah aku kata aku lambat.Memang la lambat,baru kenal.Hape daa.hahaha. So,sekarang ni aku nak tumpu kepada diri aku dulu.Nak jadi lebih baik and aku ditaklifkan sebagai pencari jodoh abang aku. Kepada bakal-bakal kakak iparku di luar sana,sila buat baik dengan saya kalau anda nak rapat dengan abang saya mengikut syariat :) Apa-apa pon kena percaya JODOH ditangan Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.


Sekarang dah nak kena start list barang nak bawa balik Mesir.Masa amat mencemburui kita.hehe.Selamat sempat raya dengan family :)