Sunday, August 12, 2012

Masa yang singkat

Bismillahirrahmanirrahim..

Sebagai blogger yang pemalas,aku memang kena menyerlahkan sifat malas aku tu dengan tidak mengepost apa-apa entry selama beberapa bulan.HAHA.ayat makan penumbuk.muqadimah mau classsss gitu.
Cuti aku di tanah air tercinta tahun ni tak lama.ada la lebih kurang sebulan.orang lain balik sampai 3 bulan.tu la sapa suruh balik lambat.tapi takpa.aku dah nampak hikmah dia.bila kita menghadapi apa-apa dugaan sekalipun,yang penting kita redha.insyaAllah lepas tu confirm rasa tenang. Jadual aku time cuti ni bleh tahan pack jugak la.hari selasa ni aku dah nak bertolak balik johor.nak bikin khidmat masyarakat kat nenek dan atok.hehe.awal ogos hari tu,aku attend satu program kat Kelantan (Yahoo@Beijing). Terbaik bohh program tu. Sangat menyentuh jiwa bila dapat berkhidmat untuk masyarakat2 Kelantan. Kelantan merupakan salah satu tempat impian aku untuk pergi bercuti. Kenapa??? Ada orang pernah tanya aku,"awat hang tringin pi Kelantan weyh? bukan ada apa sangat pon." Nope.ada sesuatu yang best kat situ.AURA dia.hehe.seriously jejak kaki kat negeri tu boleh buat aku tersenyum sebab aku respect tempat tu.Waktu buat khidmat masyarakat kat Bukit Tuku,Kelantan,aku memang rasa ada masalah komunikasi disitu.ya laa.rata-rata student semua orang kelantan.So,mereka tak la rasa sangat apa yang aku rasa.Susah gak nak faham bahasa Kelantan ni.Lagi-lagi mokcik ngan pokcik yang cakap laju-laju tu.Tapi depa ni baik.Aku dah mintak maaf siap-siap sebab aku orang luar.Jadi,mereka pon cakap dengan perlahan sedikit. :p Boleh la gak nak catch up.Apa-apa pon Kelantan BEST bro.very BESt bro.dah la penduduk dia segak-segak tak kira jantan mahupun tino :)

Sepanjang aku cuti ni pulak,aku bersyukur sebab kebanyakan hari memang full house la rumah aku.Abang aku pon balik.semalam baru hantar dia balik Lumut.Kami selalu menyembang-nyembang di dapur seisi keluarga takpun di dalam bilik untuk mengeratkan silaturrahim.haha.Adik beradik pulak dah besar-besar.aku dan abang aku telah pon sampai ke angka 20-an.adik aku sahaja masih dipertengahan sekolah menengah.Kira besaq dah la tu.So,topik-topik yang selalu dikupas iaitu soal perkahwinan mudah untuk diutarakan disebabkan faktor umur kami adik beradik.Best kot topik tu.Berangan memang la best kan.

Hari tu ada la terjumpak jodoh. Aku dah kabokan kat seisi keluarga and semua approve.HAHAHA.caitt dok men pakai approve dia ja.Pihak sana sikit pon tak tau. TETAPI dah terlepas derr.aku rasa tuan punya badan sudah berpunya. ya la kan.sapa tak nak pemuda yang baik dan good looking camtu.Haishhh. Ayah aku kata aku lambat.Memang la lambat,baru kenal.Hape daa.hahaha. So,sekarang ni aku nak tumpu kepada diri aku dulu.Nak jadi lebih baik and aku ditaklifkan sebagai pencari jodoh abang aku. Kepada bakal-bakal kakak iparku di luar sana,sila buat baik dengan saya kalau anda nak rapat dengan abang saya mengikut syariat :) Apa-apa pon kena percaya JODOH ditangan Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.


Sekarang dah nak kena start list barang nak bawa balik Mesir.Masa amat mencemburui kita.hehe.Selamat sempat raya dengan family :)


No comments:

Post a Comment