Thursday, February 7, 2013

Santapan di sinai-dahab..

Bismillahirrahmanirrahim..


Yess.aku ke sinai-dahab lagi tahun ni.tp statusnya berbeza dengan tahun lepas yakni sebagai AJK makanan.bukan sebagai peserta.Bila kita bekerja baru kita nampak cabaran dia n baru kita rasa susahnya adhoc2 tahun lepas nak lancarkan perjalanan jaulah.Ya lah,bila jaulah macam ni,jauh pulak tu,kita tak dapat nak expect apa yang bakal mendatang.Kita tak dapat nak sangkal yang maybe plan yang kita buat tak kan jadi 100%.Sabar itu perlu..

 Jaulah kali ni,sumpah best tapi ada penyesalan sikit.Aku tak dapat naik gunung yg penuh ngan salji tu.so,dengar cerita orang ja la.pengalaman tu tak dapat nak sampaikan sendiri.Ada rezeki boleh pi lagi kan? Tak dapat pegang salji pon tak pa lah.aku dapat basuh periuk2 bagai dengan air yang sangat2 sejuk.haa.tak semua orang ada pengalaman basuh periuk bertimbun2 disamping air yang sejuk membeku tu.Air yang selama ni lembut,tiba2 bertukar menjadi sebilah pisau yang tajam menghiris jari-jemariku yang mulus.aikk? mulus ke?? arghh.dah izyan.merapu.next..

Dekat Dahab pon sangat2 best.Aku belajar banyak tahun ni.Pengisian lepas solat sangat2 bermakna.syukran unit tugas2 khas yang berusaha buat pengisian sebegitu rupa.Ada satu yang aku nak kongsi.Ada sorang senior aku ni bagi input rohani sikit malam terakhir kami berada di Dahab.Dia ulas pasal ayat dhuha.Ayat yang diturunkan sewaktu Nabi Muhammad S.A.W berasa tertekan Allah S.W.T dah lama tak berhubung dengan baginda.So,make it simple,ayat ni membantu disaat kita tertekan.Hayati ayat2 surah dhuha ni.Allah terlampau sayangkan hamba2Nya sehinggakan kita yang banyak buat dosa sekalipun Allah masih bagi kita nyawa.pernah tak kita terpikir untuk apa nyawa tu diberi? Allah nak kita terus bertaubat dan bersyukur.Ada satu lagi persoalan yang senior aku utarakan.Allah ni pernah tak cemburu sekiranya hambaNya lari tinggalkan cintaNya untuk mengejar cinta insani? dan jawapannya ya.Allah punya rasa cemburu.Bila aku pikir balik benda yang jadi sekeliling aku termasuk yang jadi pada diri sendiri dengan apa yang aku baru belajar ni,aku baru tahu yang Allah selayaknya cemburu.Ya lah,kita ni sebagai manusia,bila kita dah suka pada seorang insan lain,kita cuba nak jadi yang terbaik dimata dia.Sedangkan cinta manusia tak kekal lama.Kita tak pulak nak jadik yang terbaik di depan Pencipta kita.Allah.....sungguh aku mengaku nak jadi yang terbaik untuk seorang insan yang kita sayang or cinta sangat2 susah apatah lagi nak jadi yang terbaik untuk Yang Maha Esa.



Aku nak kongsi sikit pengalaman seseorang yang aku dengar.Maybe kita boleh muhasabah sama2.Okeh ceni crita dia. Seorang hamba Allah ni ada menyimpan perasaan pada seseorang yang bergelar insan.Setiap apa yang dia buat,dia cuba nak mendapatkan perhatian orang tu dengan cara jadi yang terbaik dalam apa benda sekalipun sebab orang yang dia suka tak kenal dia.Tapi makin dia cuba makin dia rasa benda tu sia2 sebab dia rasa orang tu sangat jauh nak digapai.Bila dia cari jalan tenangkan diri baru dia sedar yang selama ni dia just cuba jadi yang terbaik depan seorang manusia ja.Dia lupa yang Allah ada bersama2 dia setiap masa.Dia tak pulak nak cuba jadik yang terbaik depan Pencipta dia.Kalau kita ni btol2 ikhlas rebut cinta Allah,tak mustahil Allah boleh bagi apa ja yang kita nak.Berdoalah.Allah suka orang yang meminta dengan Dia."Raihlah cinta Allah sebelum mencari cinta insani".

Dah tak memasal aku dok sayu2 kat sini.ni bukan sayu ek.ni muhasabah.hehe.aku teringat benda ni bila kami ada usrah kat dahab.Kalau tak maybe aku lupa n tak dapat nak share untuk diri sniri n org lain.Penyesalan seterusnya bila tak dapat makan seafood.Teringin nak makan kat Ali Baba tu sebenonye.Orang kata sedap.Ada beberapa musykilah yang menyebabkan aku tak dapat nak pi makan.Tak paa.nanti balik Malaysia aku bantai ikan bakaq Sungai Petani.lagi mahsyuuk.*sedapkan hati.Apa yang jadik kat dunia luar kali ni memang aku tak dapat nak crita sangatlah sebabnya aku asyik tenung carrot jek.



merempit dengan tayar empat.lebih ganas daripada biasa :P

gathering housemate.susah nak jumpak skali.inilah peluangnya.

Highlight aku untuk kali ni,memang xbanyak pasal pengalaman la.just kongsi apa yang aku dapat instead of panjat gunung dan sebagainya lagi yang xdapat dilakukan.hehe.sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment