Thursday, September 29, 2011

cream puff and picture yang OVER :p (UPDATE)

Assalamualaikum..

Semalam aku kira macam g kelas memasak la jugak.Belajar buat cream puff ngan jiran aku yang comel,Cik Ila. Dia dah macam mak angkat aku lak.Baik woooo.Tinggal brapa hari ja lagi aku nak dok kat Malaysia bumi tercinta ni.So,kenalah isi hari2 dengan penuh bermakna.HEHE.Aku xsempat nak update resepi dia hari ni.Dah nak bertolak g Johor dah.Aku dah sampai Mesir nanti,aku update len k.Kalau lambat tu,harap maaf la ek..


Layan la gambo2 yang over ni dulu ek.. TATA~








CREAM PUFF
Bahan-bahan:

  • 1 cawan air (250ml)
  • 1/2 cawan marjerin/butter (120gm) *kalau buat 2 adunan,masukkan je seketul butter.jadik je :)
  • 1 cawan tepung naik sendiri (120gm) - ayak
  • 4 biji telur
Cara-cara:
  1. Panaskan air.Masukkan butter sehingga agak-agak mendidih.Kecilkan api.
  2. Masukkan tepung.Kacau sampai jadi seketul bola (macam gambar number 2 di atas ye).
  3. Angkat adunan tadi.Masukkan dalam bekas lain.Kemudian masukkan telur.Pukul hingga licin.
  4. Bahagikan ke beberapa adunan yang lebih kecil (guna sudu pon boleh) ke dalam tray.
  5. Bakar dalam oven dengan suhu sebanyak 200 degree celcius selama 30-35 minit.

SOS KASTARD
Bahan-bahan:
  • 1/3 cawan gula (80g)
  • 2 cawan susu cair atau susu segar
  • 4 sudu kastard (kalau nak sos cair,letak kurang dari 4 sudu pon boleh.agak-agak).
Cara-cara:
  1. Masak gula dan susu atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula cair.
  2. Masuk tepung kastard yang dah dibancuh dengan sedikit air.
  3. Kacau sehingga likat.SIAP!!

Dah setel semua,boleh la masukkan sos kastard dalam cream puff tadi.yummyyy!! Ayah n mama saya sangat suka makan ini cream puff.HEHE.Sory lambat update.Baru pindah rumah,so lama gak xda internet.

~Just berkongsi resepi :))


Saturday, September 24, 2011

sob3

haii laa. napa hati ni cepat sangat terasa? stat result pinjaman keluar n aku xberjaya,aku senang sangat rasa sedih. berbekas sungguh. harap2 rayuan di terima. hmmm..kesian parents aku. seronok tengok kawan2 yang lain dah gembira dapat pinjaman. Ya Allah,kuatkanlah semangatku. janganlah Kau bolak-balikkan imanku.

Thursday, September 22, 2011

Roti Arab :)

Assalamualaikum...

Sorry lambat update. hehe. tak tepati janji langsung. roti arab ni senang jek nak buat. kalau orang dah terer,pejam mata pon boleh. tu untuk yang terer la. macam aku ni xterer g. :p

sebelum digoreng
selepas goreng. comeyyy ja kan? dia baru nak kembang tu,jangan salah sangka lak. :p

Bahan-bahan:

  •  1 kg tepung gandum
  • 1 paket mauripan
  • 1/2 tin susu pekat
  • secubit garam
  • air suam secukupnya
*kalau nak buat sikit,buat la setengah adunan. 1 kg tepung tu kira banyak gak. :)

Cara-cara:
  1. masukkan tepung gandum ke dalam bekas.
  2. masukkan mauripan ke dalam bekas yang berisi tepung tadi,then gaulkan sampai sebati.
  3. tambah garam dan susu pekat ke dalam adunan tadi.
  4. lepas tu,uli lagi tepung tadi sehingga menjadi doh yang licin. maybe tepung tu agak susah nak diuli, so kita tambah air suam. *jangan terlampau lembik sangat. agak2 je ek. :)
  5. setelah itu,simpankan doh dalam bekas yang agak besar dan tutup dengan kain lembab.
  6. biarkan ia naik selama satu jam.
  7. sementara nak tunggu tu,boleh la buat apa2 yang patut.buat kuah dia ka..hehe
  8. lepas satu jam,keluarkan doh,uli sekali lagi dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil.bulatkan doh dan canaikan/leperkan. *jangan terlalu nipis sangat and jangan terlalu tebal sangat.
  9. panaskan minyak secukupnya.setelah minyak cukup panas,masukkan doh satu persatu. siramkan minyak ke atas roti supaya roti naik kembang.goreng hingga keemasan. then boleh angkat dan toskan.
  10. SIAP!!! boleh la dihidangkan bersama kari,sardin atau apa2 ja yang sedap.
~sekadar berkongsi :)

Tuesday, September 20, 2011

bila larut malam

Bismillahirrahmanirrahim....

Apesal tajuk entry dah macam lagu Saloma ni.haishh.nasib la bila mata dah agak nak tertutup tapi tangan mau jugak nak menaip.actually,ada satu lagi recipe aku nak kongsi tapi aku lupa la.insyaAllah esok aku update.so,kali ni aku merapu ja lah ek.

Dah nak dekat abes Syawal kan? cuti aku pon dah nak abes. dah nak kena sambung balik pengajian sebagai bakal doktor. umur pon dah meningkat.nak masuk dua puluhan dah pon.so,make sense la sepupu sepapat yang rapat ngan aku pon dah meningkat usia.ada yang dah berumah tangga.ada yang bakal nak bergelar isteri n ada jugak yang tengah tunggu jodoh macam aku ni.HAHA.time balik kampung,beraya hari tu,sepupu aku cakap dia dah nak kahwin.then tiba2 aku touching lebih.rasa nak nagis sebab semua sepupu yang rapat ngan aku dah nak masuk alam len. ngan sapa plak aku nak kawan pas ni bila balik raya.haillohh. but it's a good news rite,so i'm not supposed to be upset.aku doakan semua dapat jodoh baek2.

Yup.frankly balik kali ni keja cakap pasal kahwin ja.bukan aku la nak kahwin.orang lain n aku nyibuk gak.dengan umur aku yang agak dah matang,kaum2 yang berbincang isu kahwin pon xhalau aku.dorang bagi jek aku join sembang pasal tu. teehhee.untuk sapa2 kat luar sana yang dah nak berumah tangga,tahniah!! kalau dah mampu,go for it.buat pa tunggu lagi kan. marriage is not a crime. so,xda masalah pon nak nikah awal kalau mampu jalankan semua tanggungjawab..ecehh izyan. asal kau cakap dah macam pakar motivasi rumah tangga neyh.OK.stop takat ni pasal kahwin~

Sejak balik Malaysia ni,aku happy jek memanjang.exam dah abes n banyak problem dah settle.attachment kat hospital pon dah selesai.skang tinggal nak prepare barang2 nak bawak balik egypt.hmm.dah xdak benda aku nak mengarut.mata pon dah layu.so,i better stop now. see yaa!!

* Thanks to Allah for giving me a chance to feel the serenity. Let fate fares you better hab>

Kek Sarang Semut

Assalamualaikum..

Entry number dua pada malam ini. still berupa recipe sebab aku sniri xbawak buku recipe aku. tinggal kat egypt.ehek. so,gunalah blog anda dengan baek. Balik kampung hari tu,blajar buat kek ni ngan acu. alhamdulillah jadik. this is my father's favorite cake. so,i decided to learn how to bake it.
*english terabur,grammar tunggang terbalik sila jangan gelak.klu nak btolkan,amat2 lah dialukan. :)




Bahan-bahan:
  • 7 biji telur
  • 2 cawan gula dijadikan gula hangus bersama 2 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan marjerin / 250g butter
  • 1 cawan gula halus (aku men pakai gula biasa ja :p)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu baking of soda
Cara-cara:
  1. Tepung diayak bersama baking of soda.
  2. Telur dan gula dipukul hingga kembang.
  3. Then masukkan susu cair dan butter. pukul hingga sebati.
  4. Masukkan tepung dan pukul dengan perlahan.slow and steady.hehe
  5. Kemudian masukkan gula hangus tadi. dah sebati,masukkan dalam loyang yang digriskan dengan butter.
  6. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
*Selamat mencuba. amat sedap untuk sapa2 yang sukakan kek lembap n manis ni. :)) 


Chocolate Trifle

Assalamualaikum..

Ok. ni post yang aku tangguh entah dah brapa kurun dah. so,today aku nak post sampai muntah hijau. payback    for my laziness before this. WARNING for those yang memang nak termuntah baca post aku kali ni,sila main jaoh2.haha


Bahan-bahan:

  • tepung kastard (perisa coklat)
  • 1 liter susu segar
  • chocolate cake or brownies (nak buat sniri pon boleh,beli kat kedai pon xpa.aku buat sniri ja.jimat :P)
  • gula secukup rasa

Cara-cara:
  1. masukkan tepung kastard ke dalam periuk,then campurkan dengan susu.
  2. masak atas api yang perlahan je tau. sambil2 tu boleh la masukkan gula. ikut selera anak tekak.ada orang xsuka manis.
  3. kacau sampai likat. agak2 dah boil sikit tu,tutup api n sejukkan.
  4. potong kek ikut suka,then masukkan dalam bekas.
  5. then tuang kastard yang dah sejuk tadi atas layer kek tadi.
  6. ulang number 4 & 5 sampai penuh bekas.
  7. SIAP! dah bleh hias.ada yang letak chocolate slice.aku men pakai M&M jek.simple.

*simple n yummyyyyy. lagi best kalau pakai chocolate chip brownies ke. fulamak! len kali la aku try plak.