Thursday, September 22, 2011

Roti Arab :)

Assalamualaikum...

Sorry lambat update. hehe. tak tepati janji langsung. roti arab ni senang jek nak buat. kalau orang dah terer,pejam mata pon boleh. tu untuk yang terer la. macam aku ni xterer g. :p

sebelum digoreng
selepas goreng. comeyyy ja kan? dia baru nak kembang tu,jangan salah sangka lak. :p

Bahan-bahan:

  •  1 kg tepung gandum
  • 1 paket mauripan
  • 1/2 tin susu pekat
  • secubit garam
  • air suam secukupnya
*kalau nak buat sikit,buat la setengah adunan. 1 kg tepung tu kira banyak gak. :)

Cara-cara:
  1. masukkan tepung gandum ke dalam bekas.
  2. masukkan mauripan ke dalam bekas yang berisi tepung tadi,then gaulkan sampai sebati.
  3. tambah garam dan susu pekat ke dalam adunan tadi.
  4. lepas tu,uli lagi tepung tadi sehingga menjadi doh yang licin. maybe tepung tu agak susah nak diuli, so kita tambah air suam. *jangan terlampau lembik sangat. agak2 je ek. :)
  5. setelah itu,simpankan doh dalam bekas yang agak besar dan tutup dengan kain lembab.
  6. biarkan ia naik selama satu jam.
  7. sementara nak tunggu tu,boleh la buat apa2 yang patut.buat kuah dia ka..hehe
  8. lepas satu jam,keluarkan doh,uli sekali lagi dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil.bulatkan doh dan canaikan/leperkan. *jangan terlalu nipis sangat and jangan terlalu tebal sangat.
  9. panaskan minyak secukupnya.setelah minyak cukup panas,masukkan doh satu persatu. siramkan minyak ke atas roti supaya roti naik kembang.goreng hingga keemasan. then boleh angkat dan toskan.
  10. SIAP!!! boleh la dihidangkan bersama kari,sardin atau apa2 ja yang sedap.
~sekadar berkongsi :)

2 comments:

  1. izyan. ni kakak ina ni :)

    baru ja rasa roti arab kat pasar malam UIA

    sedap2. mesti izyan buat tu pun berkali ganda sedap. hehe

    ReplyDelete
  2. haha.xkan lah berkali ganda sedap.besa ja ni.buat lapik perut.hehe.thanks comment k.ekin!! :)

    ReplyDelete