Thursday, December 22, 2011

MARRIAGE & REGRET

Marriage.Topic ni macam over popular di saat diriku bergelar hampir 20an.Serius tiba-tiba aku rasa macam over flow plak topic ni.Rata-rata di sana sini kalau jumpak geng sebaya,confirm sembang pasal kawen.Lagi-lagi bila batch kami ada yang dah kawen and bertunang semua.Yeah,i know,semua orang dah excited berkat aura yang ditransfer oleh pihak-pihak yang dah kawen.Baru-baru ni,aku ada tengok video pasal laki ni propose dia and dia accept even dia xkenal laki tu.Pilihan family pulak tu.Good job lady! Mudah-mudahan apa yang anda lakukan dirahmati olehNya.Aku rasa dah ramai yang tengok video tu.Dalam masa yang sama gak,banyak la aku terbaca blog-blog or some like quote yang lebih kurang pasal kawen,pasal bercinta lepas kawen and the most i want to BOLD for this time is menyesal kapel.

No.I'm not pointing it to any other party or other people around me.This is just about me.I wanna share something that i think i kept it for too long.It such a burden to me.First of all,bercinta lepas kawen adalah perkara yang sangat sangat sangat aku idamkan dari dulu lagi.Serius tak tipu,lagi-lagi time zaman aku start baca novel dulu.Time aku form 1 kot.Sronok ja aku tengok orang bercinta lepas kawen.hahaha.terINFLUENCE ngan novel plak dah.tak senonoh sunggoh.Okey.shut up.Jangan melalut okeyh izyan.Now,continue.

Senang cakap time sekolah menengah aku penah kapel.Haiishhhh.What i've done actually?? Serius menyesal.Ayah Mama,tolong maafkan akak.Hilang abes impian yang aku idamkan and aku plak tak pernah nak bertahan ngan apa yang aku pegang.Xtetap pendirian langsung.The most worse thing is my family doesn't know anything about this.Aku teringin nak bagitau tapi aku takut.Jujur aku cakap,even aku kapel tapi aku jarang sangat sangat sangat bersembang kat sekolah and jarang sangat sangat sangat buat apa yang kapel-kapel selalu buat.Okey dat's good and i'm satisfied.BUT there was still a title for me= "kapel". Rasa macam syok xingat la time tu.Tak pikir panjang.Seronok and dalam masa yang sama terseksa sebab sorok dari family.Hmmmmmm.*argghhhhh.pull hair* ~ At last,mak aku tau and aku hundred percent sure yang ayah aku pon tau gak tapi beliau buat-buat tak tau.Sepatah pon dia xpenah cakap apa-apa.Abang aku cakap maybe ayah aku rasa aku dah besar.Aku tau macam mana nak buat keputusan.Lelaki memang macam tu kan.Dorang banyak soh kita guna otak kita seniri.Thanks a lot dad.

One year later......
I'm now studying at faculty of medicine of Zagazig University in Egypt.Bumi barakah ni dah buka mata dan pintu hati aku seluas-luasnya.Aku amek keputusan yang paling tepat untuk tamatkan relationship yang aku dah bina sebelum ni sekali gus aku kembali memegang title SINGLE.Seriously,aku totally regret for what i've done.Mak aku pon tau kot yang aku dah tak kapel lagi.Rasa beban yang selama ni bermastautin kat otak aku hilang serta merta.Thank God! Syukur Alhamdulillah.Allah S.W.T buka pintu hati aku untuk kembali ke pangkal jalan.No wonder la waktu aku buat istikharah dulu,aku dapat petanda untuk sambung study kat Mesir.Rupa-rupanya ada something yang Allah nak aku ubah pada diri aku.

Setiap kali aku teringat apa yang aku dah buat,aku menyesal yang amat sangat.Aku menangis sepuas-puasnya pada Yang Maha Esa,sujud memohon keampunan.Taubat.Tu ja yang aku mampu buat bila berdepan dengan Penciptaku.Terasa diri begitu hina dan kerdil di sisi Allah S.W.T.Aku rasa bersalah pada Allah and pada mak ayah aku sebab aku dah bagi dorang risau.Mana tak weyh,anak pompuan kot.Mesti dorang mengharapkan yang terbaik dari aku.Sampai sekarang pon,aku masih mengharapkan keampunan dari Allah.Aku harap mak ngan ayah aku dapat kembali tenang.Kesian dorang.Jujur aku cakap,sepanjang aku kapel,aku tak pernah tenang sebab aku sorok dari parents aku.Aku rasa aku dah mengkhianati parents aku.Lagi plak,parents aku xbrapa nak encourage pasal kapel-kapel ni and aku tau dari dulu lagi.Tapi aku tak ikut.So,aku rasa aku gagal jadik anak yang taat.Bila sekarang ni aku dah stop semua tu,aku dah rasa tenang and aku nampak kebahagiaan kat muka ayah ngan mak aku.Syukur Ya Allah.

And come to think about marriage,aku teringin sangat kalau mak ngan ayah aku yang boleh tolong carikan.hehe.Tapi dorang tak nak.Dorang soh cari seniri.Xpalah.Biar Allah ja yang tentukan jodoh aku.Selagi tembok iman yang aku bina ni kukuh dengan izin Allah,aku akan cuba menahan diri dari terlibat dengan benda-benda yang berkaitan perasaan ni lagi.Aku menyesal dan aku xmau ulang benda yang sama. 

Saturday, November 12, 2011

Raya tak habes2..

Assalamualaikum..

Hehe.tajuk xbleh blah.bukan saya sebagai rakyat Malaysia,beragama Islam dan berbangsa Melayu ni nak ajak semua orang satu dunia supaya raya sampai xingat dunia.tidak sama sekali.di sini,saya dengan bangganya ingin menyeru semua warga di bumi ini supaya raya dengan berpada-pada.jangan jadik seperti saya dan housemate yang makan xhenti2.HAHA.juz kidding.bukannya apa.memang kalau ikut pon kita lagi patut memeriahkan raya Aidil Adha berbanding Aidil Fitri.tapi,nak meriah pon jangan sampai lupa dunia kan3?? bersederhanalah kita dalam semua aspek k. :)

Okeyh,troskan dengan sesi informal. Aku buat jugak entry kali ni sebab terasa diri begitu xcool bila xberblog.hehe.niat mula tu,nak crita semua pengalaman super best aku time eid adha kat mesir merangkap tahun kedua ni.tapi sebab aku boleh tahan malas jugak,so aku cita sikit je la ek.gambar2 bleh melawat fb saya.heee.sangat mencari publisiti.haishh.can u stop it,izyan! then,continue....

Raya first dah semestinya kat bumi Zagazig yang tercinta.hehe.almost one day party for my digestive tract.mana tak nya kan.before g sembahyang raya,aku n housemate menyuapkan mulut masing2 dengan rendang and masak maidin.niat di hati nak isi "SIKIT" ja perut ni.but,seriously don't u dare believe us in anything about FOODs.haaaa.we are some kind of food addict.heeee.we loooveeee FOOODDDsss .dah,stop merepek. Malam tu plak ada Jamuan Raya AQM. Menu: nasi bukhari n lauk daging apa ntah.sedaaapp.xtipuu.pastu ada sup daging kambing lagi.aku makan dua trip kot.bersamaan DUA besen kecil.HAHAHA.tapi share ngan orang len sama la.agak-agak la kan kalau aku sorang yang makan dua besen tu.baru ja nasihat orang supaya raya dengan sederhana,tengok2 aku yang melantak macam dah xdak hari esok.haishhh.insaflah.

Raya kedua kami bertolak ke Tanta plak dengan misi menghabiskan periuk nasik kat Tanta.haha.gurau je yek.don't take it seriously.we are lucky on that day sebab ada kenduri kawen + jamuan raya.dengan xmalunya,kami pon join. :) sampai sekarang aku dok ingat daging unta ngan kurma kambing dia.sedappnyaa.x liat plak tu.boleh tahan setengah hari jugak kami berkunjung ke rumah pelajar2 Malaysia di Tanta.besttt. :)) Malam tu,kami makan lagi. housemate Is suruh kami try makanan kat restoran Indon kat Tanta.Menu:ayam bakar kuah kacang.mahsyuukkkk nyaaa.sedaaappp~ Midnight tu bermulalah kemeriahan toilet di rumah Is starting dari pukul 1.30 pagi sampai subuh.HAHA.pikir seniri la ek. :p

Raya ketiga kat Mansoura.Jumpak kazen Tie and k.Aisyah!! manyiak syiiookkk ooo.k.Aisyah and housematenya bawak kami jenjalan.TQ!!! nanti kami mai lagi. :) kat Mansoura pon kami p kenduri kawen.wahh.semua orang dah kawen.saya?? bilakah?? mama & ayah nak tolong carikan calon kan?? ahaakkzz.

Keyh,sampai sini saja raya saya yang sangat bessttt pada tahun ini.post ni actually nak gtau kat ayah,mama,abang n adik yang saya sangat suka makan pada hari raya dan hari2 yang lain.hehe.tadi nak skype. ingat boleh cita live.tengok2 kena post gak.TATA~

p/s: Ayah,Mama!!! i gain two kg from my normal weight.kahkahkah :p

Saturday, November 5, 2011

Eid Adha di Bumi Anbiya' (YEAR 2)

Assalamualaikum..

Okeh penat. Baru lepas merewang dalam umah seniri n masak dua menu untuk raya esok.Even tak cukup bajet  nak buat open house kat bumi zagazig ni,tapi kami still bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan.okey la tu kan,dua ekor ayam.HAHA.

Menu untuk esok ialah RENDANG AYAM & AYAM MASAK MAIDIN(indian style).halamak.masyuk le raya tahun ni.dah la raya kat mesir ni meriah.BESTT. Badan dah penat sangat sebab dari tengah hari tadi tak berenti guna segala muscle yang ada.mula2 keluar beli ayam,bawang,gula,garam,tepung n semua2 lah yang diperlukan menjelang raya.Terasa diri begitu dewasa bila prepare seniri barang nak raya.Then,balik umah stat operasi merewang n masak.Alhamdulillah dah siap.Rasa?? tak tau lah.HAHA.rendang xcukup bahan.so,pandai2 la makan.but,no worries. Me and my housemate semua kaki makan. Main tibai ja makanan pa pon.teeheee.

Keyh,got to go.sangat mengantuk.esok nak g semayang raya kat Masjid Fattah.EID SAID semua!! 

Thursday, September 29, 2011

cream puff and picture yang OVER :p (UPDATE)

Assalamualaikum..

Semalam aku kira macam g kelas memasak la jugak.Belajar buat cream puff ngan jiran aku yang comel,Cik Ila. Dia dah macam mak angkat aku lak.Baik woooo.Tinggal brapa hari ja lagi aku nak dok kat Malaysia bumi tercinta ni.So,kenalah isi hari2 dengan penuh bermakna.HEHE.Aku xsempat nak update resepi dia hari ni.Dah nak bertolak g Johor dah.Aku dah sampai Mesir nanti,aku update len k.Kalau lambat tu,harap maaf la ek..


Layan la gambo2 yang over ni dulu ek.. TATA~








CREAM PUFF
Bahan-bahan:

  • 1 cawan air (250ml)
  • 1/2 cawan marjerin/butter (120gm) *kalau buat 2 adunan,masukkan je seketul butter.jadik je :)
  • 1 cawan tepung naik sendiri (120gm) - ayak
  • 4 biji telur
Cara-cara:
  1. Panaskan air.Masukkan butter sehingga agak-agak mendidih.Kecilkan api.
  2. Masukkan tepung.Kacau sampai jadi seketul bola (macam gambar number 2 di atas ye).
  3. Angkat adunan tadi.Masukkan dalam bekas lain.Kemudian masukkan telur.Pukul hingga licin.
  4. Bahagikan ke beberapa adunan yang lebih kecil (guna sudu pon boleh) ke dalam tray.
  5. Bakar dalam oven dengan suhu sebanyak 200 degree celcius selama 30-35 minit.

SOS KASTARD
Bahan-bahan:
  • 1/3 cawan gula (80g)
  • 2 cawan susu cair atau susu segar
  • 4 sudu kastard (kalau nak sos cair,letak kurang dari 4 sudu pon boleh.agak-agak).
Cara-cara:
  1. Masak gula dan susu atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula cair.
  2. Masuk tepung kastard yang dah dibancuh dengan sedikit air.
  3. Kacau sehingga likat.SIAP!!

Dah setel semua,boleh la masukkan sos kastard dalam cream puff tadi.yummyyy!! Ayah n mama saya sangat suka makan ini cream puff.HEHE.Sory lambat update.Baru pindah rumah,so lama gak xda internet.

~Just berkongsi resepi :))


Saturday, September 24, 2011

sob3

haii laa. napa hati ni cepat sangat terasa? stat result pinjaman keluar n aku xberjaya,aku senang sangat rasa sedih. berbekas sungguh. harap2 rayuan di terima. hmmm..kesian parents aku. seronok tengok kawan2 yang lain dah gembira dapat pinjaman. Ya Allah,kuatkanlah semangatku. janganlah Kau bolak-balikkan imanku.

Thursday, September 22, 2011

Roti Arab :)

Assalamualaikum...

Sorry lambat update. hehe. tak tepati janji langsung. roti arab ni senang jek nak buat. kalau orang dah terer,pejam mata pon boleh. tu untuk yang terer la. macam aku ni xterer g. :p

sebelum digoreng
selepas goreng. comeyyy ja kan? dia baru nak kembang tu,jangan salah sangka lak. :p

Bahan-bahan:

  •  1 kg tepung gandum
  • 1 paket mauripan
  • 1/2 tin susu pekat
  • secubit garam
  • air suam secukupnya
*kalau nak buat sikit,buat la setengah adunan. 1 kg tepung tu kira banyak gak. :)

Cara-cara:
  1. masukkan tepung gandum ke dalam bekas.
  2. masukkan mauripan ke dalam bekas yang berisi tepung tadi,then gaulkan sampai sebati.
  3. tambah garam dan susu pekat ke dalam adunan tadi.
  4. lepas tu,uli lagi tepung tadi sehingga menjadi doh yang licin. maybe tepung tu agak susah nak diuli, so kita tambah air suam. *jangan terlampau lembik sangat. agak2 je ek. :)
  5. setelah itu,simpankan doh dalam bekas yang agak besar dan tutup dengan kain lembab.
  6. biarkan ia naik selama satu jam.
  7. sementara nak tunggu tu,boleh la buat apa2 yang patut.buat kuah dia ka..hehe
  8. lepas satu jam,keluarkan doh,uli sekali lagi dan bahagikan kepada beberapa bahagian kecil.bulatkan doh dan canaikan/leperkan. *jangan terlalu nipis sangat and jangan terlalu tebal sangat.
  9. panaskan minyak secukupnya.setelah minyak cukup panas,masukkan doh satu persatu. siramkan minyak ke atas roti supaya roti naik kembang.goreng hingga keemasan. then boleh angkat dan toskan.
  10. SIAP!!! boleh la dihidangkan bersama kari,sardin atau apa2 ja yang sedap.
~sekadar berkongsi :)

Tuesday, September 20, 2011

bila larut malam

Bismillahirrahmanirrahim....

Apesal tajuk entry dah macam lagu Saloma ni.haishh.nasib la bila mata dah agak nak tertutup tapi tangan mau jugak nak menaip.actually,ada satu lagi recipe aku nak kongsi tapi aku lupa la.insyaAllah esok aku update.so,kali ni aku merapu ja lah ek.

Dah nak dekat abes Syawal kan? cuti aku pon dah nak abes. dah nak kena sambung balik pengajian sebagai bakal doktor. umur pon dah meningkat.nak masuk dua puluhan dah pon.so,make sense la sepupu sepapat yang rapat ngan aku pon dah meningkat usia.ada yang dah berumah tangga.ada yang bakal nak bergelar isteri n ada jugak yang tengah tunggu jodoh macam aku ni.HAHA.time balik kampung,beraya hari tu,sepupu aku cakap dia dah nak kahwin.then tiba2 aku touching lebih.rasa nak nagis sebab semua sepupu yang rapat ngan aku dah nak masuk alam len. ngan sapa plak aku nak kawan pas ni bila balik raya.haillohh. but it's a good news rite,so i'm not supposed to be upset.aku doakan semua dapat jodoh baek2.

Yup.frankly balik kali ni keja cakap pasal kahwin ja.bukan aku la nak kahwin.orang lain n aku nyibuk gak.dengan umur aku yang agak dah matang,kaum2 yang berbincang isu kahwin pon xhalau aku.dorang bagi jek aku join sembang pasal tu. teehhee.untuk sapa2 kat luar sana yang dah nak berumah tangga,tahniah!! kalau dah mampu,go for it.buat pa tunggu lagi kan. marriage is not a crime. so,xda masalah pon nak nikah awal kalau mampu jalankan semua tanggungjawab..ecehh izyan. asal kau cakap dah macam pakar motivasi rumah tangga neyh.OK.stop takat ni pasal kahwin~

Sejak balik Malaysia ni,aku happy jek memanjang.exam dah abes n banyak problem dah settle.attachment kat hospital pon dah selesai.skang tinggal nak prepare barang2 nak bawak balik egypt.hmm.dah xdak benda aku nak mengarut.mata pon dah layu.so,i better stop now. see yaa!!

* Thanks to Allah for giving me a chance to feel the serenity. Let fate fares you better hab>

Kek Sarang Semut

Assalamualaikum..

Entry number dua pada malam ini. still berupa recipe sebab aku sniri xbawak buku recipe aku. tinggal kat egypt.ehek. so,gunalah blog anda dengan baek. Balik kampung hari tu,blajar buat kek ni ngan acu. alhamdulillah jadik. this is my father's favorite cake. so,i decided to learn how to bake it.
*english terabur,grammar tunggang terbalik sila jangan gelak.klu nak btolkan,amat2 lah dialukan. :)




Bahan-bahan:
  • 7 biji telur
  • 2 cawan gula dijadikan gula hangus bersama 2 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan marjerin / 250g butter
  • 1 cawan gula halus (aku men pakai gula biasa ja :p)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu baking of soda
Cara-cara:
  1. Tepung diayak bersama baking of soda.
  2. Telur dan gula dipukul hingga kembang.
  3. Then masukkan susu cair dan butter. pukul hingga sebati.
  4. Masukkan tepung dan pukul dengan perlahan.slow and steady.hehe
  5. Kemudian masukkan gula hangus tadi. dah sebati,masukkan dalam loyang yang digriskan dengan butter.
  6. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
*Selamat mencuba. amat sedap untuk sapa2 yang sukakan kek lembap n manis ni. :)) 


Chocolate Trifle

Assalamualaikum..

Ok. ni post yang aku tangguh entah dah brapa kurun dah. so,today aku nak post sampai muntah hijau. payback    for my laziness before this. WARNING for those yang memang nak termuntah baca post aku kali ni,sila main jaoh2.haha


Bahan-bahan:

  • tepung kastard (perisa coklat)
  • 1 liter susu segar
  • chocolate cake or brownies (nak buat sniri pon boleh,beli kat kedai pon xpa.aku buat sniri ja.jimat :P)
  • gula secukup rasa

Cara-cara:
  1. masukkan tepung kastard ke dalam periuk,then campurkan dengan susu.
  2. masak atas api yang perlahan je tau. sambil2 tu boleh la masukkan gula. ikut selera anak tekak.ada orang xsuka manis.
  3. kacau sampai likat. agak2 dah boil sikit tu,tutup api n sejukkan.
  4. potong kek ikut suka,then masukkan dalam bekas.
  5. then tuang kastard yang dah sejuk tadi atas layer kek tadi.
  6. ulang number 4 & 5 sampai penuh bekas.
  7. SIAP! dah bleh hias.ada yang letak chocolate slice.aku men pakai M&M jek.simple.

*simple n yummyyyyy. lagi best kalau pakai chocolate chip brownies ke. fulamak! len kali la aku try plak.



Thursday, August 25, 2011

LAZINESS

Assalamualaikum..

Sssseesssuuaiii sangat bila tajuk entry aku camtu. sila baca ikut gaya masing2 keyh. ooohh yeahh,laziness struck!! since when u accompany me dis well huh?? aku memang amat malas nak berblog. memang bukan blogger sejati lah eden ni. xdk idea derr. apa nak tulis pon aku xtau. actually,ada something aku nak update. and now da problem is,aku xlarat nak transfer pic dari camera ke laptop ni. alaaa xmasyuk la entry aku kalau xdk pic tu. nanti aku update keyh! TATA~

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Ke-2 Menguji Kesabaran

Assalamualaikum..

Skarang ni dah masuk waktu subuh..actually dah masuk ramadhan ke-3 pon..so,entry aku kali ni berdasarkan pa yang aku alami sepanjang hari semalam..stat dari pagi xdak pa sangat..macam hari2 biasa..kosong..but i filled it with WORKS..yaa..dari lepas zohor,aku dah atur benda pa nak kena buat..sibuk gak hari ni sebab nak prepare before balik Malaysia..maybe sebab penat plus panas summer yang sangatlah terasa,aku jadik emo lebih kot..haha..bleh tahan tension gak hari ni..siang tadi,aku terasa terhina disebabkan satu incident ni lah..i don't want to mention it..biar lah aku sorang ja yang tau..yup..aku tau aku datang dari keluarga yang biasa2 ja..cukup sekadar aku yang tau pa yang aku buat untuk family aku tu,benda yang betol..sedih n rasa nak nangis..aku tahan ja..sabar izyan..sabar..perasaan aku ja tu..tapi,aku xdapat tahan air mata ni dari mengalir bila mengadu pada Yang Maha Pencipta..selesai solat,aku tros pujuk diri sniri..alhamdulillah Allah S.W.T bagi aku kesabaran tu..aku berjaya kawal diri aku..hati yang terluka tu aku biarkan ja berharap dengan izinNya,luka tu akan hilang..so,aku troskan Ramadhan ke-2 dengan macam2 perasaan..tenang sekejap lepas solat tarawikh..then,aku,hana n ti kena buat prosedur result sebab kami baru dapat tau kena download bagai..so,kami pon buat..tension gak buat benda ni sebab banyak link xbleh bukak..sabar lagi tapi tension lebih mengatasi..serius rasa cam nak nangis..mula la kejadian siang tadi terungkit balik..kebetulan aku tengok result aku,alhamdulillah aku dapat troskan pengajian tahun 2 tapi aku xseberjaya kawan2 aku yang lain..time ni la rasa sebak sebab aku xdapat capai apa yang aku janji kat parents aku..sekali lagi,sabar ek izyan..tahan nangis tu..so,aku buat2 relax..beban lam hati hanya Allah ja yang tau..sampai aku tengah menaip skarang pon rasa nak menitik ja air mata ni..tapi segan la..da housemate len..nanti dorang cakap apa lak kan? aku rasa,aku jadik ceni sebab aku tahan dari siang tadi sampai la skarang..doakan aku ok esok.. :)

Ya Allah..tingkatkan lah kesabaranku..amiin ya rabb..

current mood: can't describe at all..

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Kareem

Bismillahirrahmanirrahim..

Selamat menyambut ramadhan al-mubarak semua!!moga ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya..kutip la sebanyak mana pahala dan ibadah yang kita mampu..kita sniri xpasti adakah kita akan berjumpa lagi ngan ramadhan akan datang kan?

Alhamdulillah tadi selesai tarawikh first aku di bumi anbiya'..terasa begitu tenang dapat terawikh first ni..moga dapat keberkatan kat situ..

p/s: kesabaran amatlah diuji bila nak jaga wudhuk time bersesak2 nek tremco ngan pelbagai jantina..alhamdulillah aku masih mampu memelihara wudhuk dengan izinNya.. :)

Friday, July 29, 2011

Kehidupan Pas Exam : zaman sekolah VS zaman kampus

Assalamualaikum..

A big round of applause to my self cuz i succed to wake up in dis early morning..wwweeeeeeee..tapi dengan sebab la..selalunya kalau xdak sebab memang "Katakan Tak Untuk Bangun Awal" la..kebetulan hari ni ada kenduri kawen kat Zagazig ni..budak batch aku kawen ngan senior second year..comellll tol..bila lak la aku punya turn..okeyh..sudah2..muqadimah aku panjang gila..teruja bangun awal la tu.. :p

Ni berdasarkan pengalaman aku la..waktu zaman sekolah rendah dulu,abes exam merupakan FENOMENA paling masyuk skali..time tu abes segala keturunan game yang mak ayah belikan kat umah,semua nak bawak g skolah..dengan tujuan bleh la isi masa lapang sambil tayang kat semua orang 'aku ada game paling cool skali lam dunia ni'..haha..trend paling masyuk n menarik perhatian semua orang lam dunia sekolah rendah aku tu ialah main patung Barbie..korang jangan la eww plak ek..haha..biasala tu,skolah aku dulu skolah pompuan smua..ok what men Barbie..tapi seriously aku xmen la Barbie tu..juz usha dari jaoh ja..aku memang xreti men patong2 ni..tringin tu penah la gak..hehe..kalau la sapa2 yang berjaya bawak masuk anak patung Barbie tu lam skolah,kira dia memang anak orang senang gak la..time tu kan mahal lagi..orang yang biasa-biasaan macam aku ni g kutip batu then men batu selambut sudah..cool gak pa kan??Time aku darjah enam,aku ngan kawan baik aku,Syamimi memang xtau nak buat pa untuk mengisi masa lapang pas UPSR..kebetulan lak kami ada persamaan iaitu minat baca Gempak ngan Utopia..alaa..majalah yang da komik tu..GempakStarz punya..hehe..aku suka baca ni pon sebab abang aku yang promote..sama la ngan kawan tu..so,dengan bangganya kami pon mencadangkan untuk membawak smua siri majalah yang ada kat umah tu g skolah..bleh la lepak2 sambil baca ean..dan2 esok tu gak aku bawak nala punya banyak mai skolah..haa..hamek ko..memang isi masa lapang sunggoh..then,kami cari port paling menarik nak lepak..bermulalah agenda kami membaca majalah..wuishh..xpenah g tau da orang buat camtu kat skolah aku yang begitu keperempuanan tu..first time tu..lepak,baca komik sambil makan kuaci ngan magazine bertimbun kat sebelah kami dua..kehkeh..terasa diri begitu samseng di situ..

Next..time skolah menengah..macam biasala la kan..sebagai diri yang tengah nak meningkat remaja,novel merupakan benda paling samseng bleh baca..hihi..kalau aku la,nak layan blues sambil baca novel,mesti amek port tepi tingkap class..baru la syahdu cket..abes boring baca novel,g la lepak2 class kawan2..2 ja la yang boleh buat..aku skolah asrama dulu,so pandai2 ko la mengisi masa lapang ngan berfaedah..kalau ada sapa2 yang admire kat mamat or awek class mana2,mesti dia rasa pas exam merupakan time paling dinanti-nantikan skali..bleh la g lepak class orang sambil usha pujaan hati tu..mesti mereka meniti hari ngan penoh bahagia punya la..pecaya la cakap aku..balik dorm nanti da la hot stories, "weyh,ko tau x,time lam klas tadi ean,si A tu kena usha ngan mamat yang minat kat dia 2..tersipu2 malu si A tu wa cakap lu.." xpon " weyh,awek yang aku minat tu bagi respon r time aku tengok dia tadi..halamak,cun oo.." haaa..abes gegak gempita la dorm ngan story hangat dari mereka2 ini..kehkehekeh..

Skarang ni aku dah masuk alam kampus..perpindahan waktu yang amat cepat..n aku dah pon abes exam untuk first year..untuk mengisi masa lapang sementara tunggu result n tunggu nak balik Malaysia,aku pon dengan bangganya tengok movie n on9..xdak keja len dah..abes ja paper last,tros g merantau satu zagazig carik movie paling sentap skali..haha..xpon g jalan2 carik makan n perabes duit..haishhh..bertambah2 la kilogram aku ni..kat perantauan ni la aku nak jalan2 pon sebab kat Malaysia memang mak aku xlepas aku jalan jaoh2..mak aku sniri soh aku jalan2 selagi aku da kat tempat orang ni..dah kat tempat sniri mak aku xbagi pegi ean..tapi duit kena banyak gak la..kalau duit setakat lalu celah gigi ja,cena nak jalan?? so,berjimat-cermatlah sepanjang tahun so korang bleh g jalan rata2 pas abes exam..masyukk kott.. :)

Wednesday, July 27, 2011

SUMMER = Jaulah Kaherah

Assalamualaikum..

Okey..macam biasa..tajuk entry mesti ciplak yang kat FB punya album..hihi..it's ok..janji isi lam blog lagi banyak dari FB la..hari sabtu lepas bersamaan 23 Julai,aku n housemates mengambil keputusan yang super cool untuk menjelajah dunia Kaherah@Cairo.. :)

Destinasi waktu hari sabtu tu ialah Asfour,Hussein n City Star..kami meneruskan perjalanan dengan menaiki sebuah kereta Peugeot n berbekalkan seorang mushrif dari universiti Azhar cawangan Zagazig..perghh..xbleh blah essay aku ni..xpa la ek..terima ja la keSKEMAan aku di malam hari ni..hehe..skali skala ja..ok sambung..then kami tros g destinasi pertama iaitu Asfour..Asfour ni merupakan tempat menjual barang2 kristal yang superb shining..takott oo masuk kedai ni..ya laa..kalau la aku terlanggar mana2 chandelier lam kedai ni,x ka parah aku nak bayau..wuuuiii..mafish fulus oo..dengan eager nya,aku pon memerhati la beberapa perhiasan yang bagi aku sesuai nak bawak balik Malaysia..hmm..besday adik aku pon aku xbeli g time tu..macam best gak kalau carik hadiah dia kat sini..halamakk..kakak yang baek sunggoh.. :p

Dah2..xguna aku cerita panjang2..topik tetap sama gak..CARI BARANG UNTUK ADIK AKU..hehe..jom reveal gambo.. :D

Asfour..dunia kristal..

Aku n Mariati..Ti,sorry gambo separuh..den xperasan..hehe

Aku n my roommate,HANA.. >_<

Aku n Ina..adoii..possing aku bajet best..rasa cam nak bagi makan kasut ja..xreti possing tol..


Kejadian Super COMEL di Kaherah .
Bagi aku kes2 macam ni comel la..xtau la kalau korang kan..maybe kalau korang tengok sniri comel kot..ceni..pakcik yang bawak kitorang nek peugeot tu xbapa sure jalan kat Kaherah tu..untuk mengelakkan dari kami sesat,beliau pon bertanya la kepada beberapa orang yang berada di luar sambil memandu..kebetulan time tu jalan kat Kaherah sesak gak..peak hour kot..kan banyak kereta kat situ,so beliau pon jerit la panggil mana2 pemandu kat sebelah menyebelah yang dengar..kalau dorang tau,dorang pon tolong la jawab dengan besar hatinya..yang bestnya,bukan setakat sorang ja yang terangkan jalan tu,kadang2 sampai dua tiga orang skali tolong gtau jalan..aku rasa cam dah boleh buat sidang perhimpunan pemandu2 baik hati dah kat tengah2 sesak 2..kiowoo..haha..dengan adanya bantuan super comel dari pakcik2 len,kami pon berjaya sampai ke semua destinasi dengan selamat..syukran ya ammu!! :)

Next destination,HUSSEIN..Hussein ni lebih kurang sama spesies ngan pasar malam la..selalunya student2 yang nak balik Malaysia beli barang kat sini..banyak cket choice nak buat souvenior..aku pon x tertinggal dari beli barang kat sini..tapi xla banyak..kena bajet gak kan..aku student g..kalau aku kaya,dah lama aku beli satu Hussein ni..hakhakhak(gelak xikhlas)..
Yang best kat sini ialah GADOH ngan orang arab..hehe..bukan la gadoh sampai nak bertumbuk tu..gadoh mintak kurangkan harga ja..rugi la kalau xmintak kurang kan?? aku ni xdak la reti nau bahasa arab tu..boleh la setakat nak beli barang..bantai je cakap..janji maksud sampai..yang aku bangga siap bleh gadoh g..at last dapat gak harga yang aku nak..thanks ammu!! hehe..berbaloi saya gadoh ngan ammu..kami jalan kat sini sampai nak maghrib gak la..naseb bleh jamak..

Then g City Star..ni macam super market yang super besar gak..xlarat nak jalan dowh..dah la dari pagi jalan ngan bawak bag pack lagi..aku xdak pa nak cita sangat kat sini..keja makan jaa..hehe..pas abes makan n shopping makanan jugak,kami pon mengambil keputusan untuk tros ke rumah iefa(schoolmate aku) kat Hayyu Sabiek..kiranya kami dah xikut mushrif dah..jalan sniri2 ja..dah sampai umah iefa tu,hamek ko.......pas solat ja kami tros menelentangkan diri x hengat dunia kat atas tilam empuk yang disediakan oleh housemate iefa..thankz furaa.. :)

Haa..keesokan harinya la aktiviti yang paling best skali..kami tumpang umah iefa 2 sebenonye nak g Jaulah Maqam anjuran Perubatan Cawangan Kaherah di samping nak ziarah kawan skolah aku tu..hehe..serius best jaulah tu..ustaz yang bercerita tu pon besttt..kat bawah ni aku cita cket2 ek yang mana yang aku ingat sambil nengok gambo.. :p

Maqam Sayyidah Nafisah..keturunan Rasulullah S.A.W

Masjid Amr bin Al-Asr..pembuka kota Islam di Mesir..Subhanallah..seronok bila dapat pegi tempat2 hamba Allah yang solleh ni..

Maqam Imam Syafiei..rasa nak nangis bila ada kat sini..cuba la korang datang kalau ada kesempatan ek .. :)

Maqam Rabiatu Adawiyah,Maqam Mohd Ibnu Hanafiah,n Maqam Zunun Al-Misri..

Maqam Rabiatul Adawiyah..ibadahnya kepada Allah S.W.T bukan kerana takot dan untuk mendapat rahmat Allah tetapi kerana CINTAnya kepada Yang Maha Esa..

Dikatakan oleh sumber2 tertentu bahawa ni adalah serpihan batu Hajarul Aswad..wallahu'alam..

Maqam Imam Hassan Al-Banna..pengasas Ikhwanul Muslimin..

Maqam wali kecil,Asyraf Al-Rifai'..dilahirkan pada 1966 dan meninggal pada 1970..berjaya mengahfal Al-Quran dengan tajwid yang betol semasa berumur 3 tahun..MasyaAllah..

Masjid Sultan Hassan..digelar Piramid Islam sebab binaannya yang gah..memang lawa structure masjid ni..besar lak tu..

Haa..ni aku n iefa..hehe..jejak kasih lam Masjid Sultan Hassan..

K.A.M.I

ahli2 Jaulah Maqam Kaherah

me n my housemates.. :)

makan malam ngan housemate iefa di Cafe Baitul Hasanah..sedappp~


Dah tido lagi semalam kat umah iefa,hari isnin 25 Julai baru kami berangkat pulang..fiuhh..first time nek bas sniri n g tempat2 yang xpenah tau pon rupa dia macam mana..iefa antar kami depan bas nak g Ramsis..sblom sampai tu memang takot gak sebab aku xpenah tau pon Ramsis tu macam mana..naseb baek ammu bawak bas tu cakap..then,kami amek taxi ke 'Abud(tempat perhentian tremco)..ni satu lagi hal..aku n housemate memang no idea la 'Abud tu cena..haishhh..takott sunggoh..at last,sampai gak kami ngan selamat n kami pon pilih la tremco balik Zagazig desa tercinta..ceewaahh..Lagi Kejadian COMEL di Bumi Mesir.Waktu lam tremco nak balik Zagazig tu,ammu yang bawak tremco tu berenti jap..kat mana ntah..aku pon xtau..aku tros la menikmati keindahan pemandangan sambil dibuai angin yang xberapa nak sepoi2 tu..then,beberapa mamat yang kluar time tremco tadi berenti pon masuk la ke dalam tremco semula sambil membawa beberapa botol air yang telah diisi ngan air sejuk..waahh..dorang bawak air tu untuk kitorang semua yang da dalam tremco tu..comeelllnyaaa..even xlama pon dok lam tremco tu,tapi rasa cam family sniri..pakcik2 lam tremco pon baek2 ja..huhu..terharu sunggohh..At last,sampai la kami kat Zagazig desa tercinta tu..even xmacam Kaherah,maju n besar,tapi kami tetap mencintai desa Zagazig n makanannya yang superb sedapp..haha


~TAMAT~

Monday, July 18, 2011

My first birthday in EGYPT !!

Assalamualaikum..

Disebabkan hari ni idea aku nak menulis xbrapa nak mencurah ke ladang gandum,so tajuk entry pon terpaksa sama ngan lam FB..hehe..yeay!! i am 19 now..ni la peluang2 terakhir nak menjalani hidup sebagai seorang remaja kalau panjang umor.. :p

Hari ahad lepas,aku,Hana,Ina n Ti g la makan2 kat cafe Quatro..nak makan kek punya pasal ean..tapi masing2 bayar sniri la..fulus xbanyak nak belanja makan..haha..aku order dua jenis cheese cake n yang len2 order cake dorang sniri..gambo time g makan ni xbanyak sangat sebab aku lupa nak bawak camera..so,hana la tolong tangkapkan..2 pon masing2 punya dah tinggal cket n agak hancur baru dia tangkap..haishh..hana..hana.. :D

Aku xberniat nak tulis panjang2..serious idea xbanyak..thankz to my family n all my beloved frens yang wish time bsday ri2..terharuu sunggoh..xsabaq nak kelik MALAYSIA..ayah cakap nak celebrate balik my bsday..haiiyaa..ayah manyak comell oo..beliau nak bawak saya makan ikan bakaq..memang bina badan la aku nanti..heeee~


Hana,Ina n Ti bagi.. :))



hana punya..hancur sudah..lawa oo cake ni..pandai2 la bayang sniri ek.. :DD

ina punya choc cake di situ..

beta punya cheese cake.. :)


hampir abes..Ti punya.. :p

cinnamon latte~

cappucino~

p/s: special thanks to SYUKRIAH,HANA,INA & Ti 4 da birthday song..haha..syukriah siap men keyboard kak aizzah lagi..halamak..terbaekklah!!

~17072011~

Sunday, July 17, 2011

EGYPT best!!

Assalamualaikum..

Skarang kat Mesir baru kul 5.40 a.m. and suprisingly aku dah BANGUN..haha..pas bangun subuh kul 4 tadi,aku tros amek keputusan xnak tido sebab kul 8 japg ada perjumpaan..kalau la aku tido balik pas subuh tadi,kompom aku xg dah perjumpaan 2..hehe..entry aku kali ni bukan nak cakap pasal perjumpaan..aku nak cita some of my experience living in Egypt that can be categorized as super cool or super cute..heee~

Da la satu hari tu,aku n 3 lagi housemate g jalan2..kami kat sini kan kalau nak g mana2 lagi senang nek tremco(pengangkutan awam yang mudah ditemui)..time tu,kami dalam perjalanan nak balik umah..tengah kami empat2 dok sronok layan blues lam tremco sambil dibuai angin yang agak panas tu,tiba2 tremco tu berenti kat satu bangunan ni..kalau ikut,bangunan ni bukan la tempat tremco tu patot berenti..aku pon dengan coolnya menjengah keluar tingkap nak menyaksikan apa yang berlaku..aku nampak ada dua tentera jaga kat gate bangunan tu ditemani oleh sebuah kereta perisai yang gagah berada di sebelah..then aku pon continue menengok..rupa2nya,tremco tu berenti sebab budak yang jaga tremco tu nak isi air..nak buat minum kot..dia mintak la ehsan sorang dari tentera tu..kebetulan tentera tu tengah curah air kat jalan..xnak bagi tanah gersang sangat..bahang kott..dengan bangganya tentera tu pon mengisi air ke dalam botol yang dihulurkan budak tersebut sambil tersenyum..caitt..puitis trok ayat aku ni..pa2 pon aku terharu tengok scene tu..haha..dah la tentera tu hensem,baek lak tu..yang sorang lagi tentera,tengah khusyuk baca al-quran kat atas kerusi..halamak..sejuk hati tengok..alhamdulillah..ni contoh yang baek untuk semua orang kan..harap2 kat Malaysia pon ada budaya membaca al-quran ni even kat tepi jalan sekali pun..

Next, time dalam tremco gak..waktu tu aku dari Salam nak balik rumah..aku sorang ja time tu sebab aku da perjumpaan..then,tremco tu berenti kat perhentian seterusnya,kat Mau'af..ramai makcik2 nak nek tremco tu..alhamdulillah la tremco tu penoh ngan perempuan ja..aku pon bagi la tempat duduk aku kat salah sorang makcik tu..kita kan kena menghormati orang tua..hehe..pastu,kat perhentian seterusnya lak,ada sorang makcik lam tremco ni nak turun..so satu seat kosong even ramai lagi yang xdapat duduk..normal la tu..bersempit2 dalam tremco..cam nek train gak.. :) makcik kat belakang aku tu soh aku duduk..tapi aku kesian tengok da sorang makcik ni sampai terpaksa share kerusi ngan kawan dia..badan dorang kat sini dah la boleh tahan besar gak..heee..aku nak bagi la makcik tu duduk..tapi dia cakap "faddal ya habibi..mesyi.." kalau la nak translate btol2 ikut BM,dia jadik " silakan wahai sayangku,xpa"..perghh..ayat super duper cool di situ..sedap ja nak dengaq..yup..bahasa arab memang indah..hehe.. n at last aku berjaya sampai ke rumah ngan selamatnya.. :D

Banyak g pengalaman yang best2 kat sini..tapi ni antara yang still fresh di ingatan..haha..yang len lupa sudah..TAMAT~

Friday, July 15, 2011

mood oren :)

Aku pon xtau bila aku stat minat kaler oren n peach ni..hehe..setelah penat lelah menukar kaler blog n mengSIMPLEkan banner,aku pon gagahkan diri gak menaip sebab lama sangat x post..sunyi tol blog aku ni..len kali aku post ek..banyak benda nak cita tapi malas punya pasal..kalau rajin,rasa cam nak post 10 entry skli la plak..bila malas,hmm..hampeh..satu entry pon xlarat nak buat..see yaaa!!! :))

Thursday, May 5, 2011

Tachycardia because of EXAM!!!

Assalamualaikum..

Sila baca tajuk di atas ek..saya akan menerangkan maksud di sebalik tajuk itu..tachycardia means increase heart rate..so,untuk mengHIPERBOLAkan entry aku pada malam yang indah ini,aku pon letak la tajuk di atas..for me,it sounds really really related to our coming final exam..kalau setakat demam exam or selsema exam xbest la kan..kita kasi up cket..hehe..

Hari ni merangkap hari Khamis,5 haribulan Mei merupakan hari ANATOMY SEDUNIA bagi pelajar-pelajar kelas A1 Universiti Zagazig terutamanya pelajar perempuan..hal ini berlaku disebabkan kelas ANATOMY diadakan oleh Dr.Emtethal dari pukul 9 pagi hinggalah pukul 12 tengah hari..xcukup kukuh lagi bukti kita?? Pada pukul 8 pagi pula,kebiasaannya para pelajar akan memenuhi ruang lingkup di dalam museum Anatomy untuk melihat specimen2 memandangkan exam practical just around the corner..oo yeaahhh..memang penuuuhhhh museum tu..siap bleh terpijak kaki orang len lagi..xpa la kan..berkorban cket ja..haha..tu xcukup lagi kalau nak gebang kata demam exam kan? Pukul 12.30 tengah hari lak,aku dan rakan2 mengambil keputusan untuk memantapkan lagi pandangan mata kami dengan melihat LAGI specimen2 di dalam museum tersebut..teeheeee...meh aku buat plot HARI ANAT SEDUNIA jap..

8a.m -9a.m : pegi museum ANATOMY atas inisiatif sendiri.. :)
9a.m - 12p.m : class ANATOMY bersama lecturer yang comel,Dr.Emtethal..
12p.m - 12.30p.m : solat n rehat jap..
12.30p.m - 3p.m : pegi melawat museum ANATOMY lagi!

Lebih kurang 40 specimen aku n hana abeskan dalam jangka masa satu hari..Seriously aku cakap aku xpenah rasa nak termuntah study macam apa yang aku rasa skarang..haha..dasyat kan?? tapi,mak aku penah pesan, " AKAK..KALAU BUAT APA2 PON KENA SAMPAI MUNTAH HIJAU TAU"..moral of the story,bermati-matian la dalam melakukan sebarang kerja lagi-lagi bila nak dekat exam ni..hehe..

So,to all first year medical student of University Zagazig,best of luck! Strive for MUMTAZ,insyaAllah..bersama-samalah kita mengharungi cabaran exam..jangan give up ek..banyak lagi cabaran yang lebih besar di luar sana..jangan lupa dekatkan diri dengan Maha Pencipta lagi2 nak exam dah ni ek..saya mengingatkan diri saya sekali.. :))


jangan tenung ja buku2 tu..baca tau..hehehe

nanti bleh la senyum cenggini!! :p

Saturday, April 30, 2011

Last Day in April!! :))

Assalamualaikum..

Eventhough kat Malaysia sepatutnya dah masuk 1 haribulan Mei,tapi kat Mesir still lagi 30 haribulan APRIL! so,aku masih boleh post ngan jayanya menggunakan title yang berada megah di atas..hehe..


abang n patongnya DINGGA!! =)


FYI,besday abang aku adalah pada 27 APRIL yang lepas..tapi,memandangkan tarikh berkenaan jatuh pada hari rabu yang serba indah n confirm2 la jatuh pada hari kuliah,aku xleh la nak wish besday beliau trough my bloggy..aku just wish kot fb ja..tu pon sat ja sebab aku kan dah promise pada diri seniri untuk xon9 time hari kuliah..so,di malam yang xbapa sejuk ni,aku nak wish HAPPY BELATED BIRTHDAY to my bro,FARIDZUL SYAFIQ BIN AMIR!! May Allah bless u always n moga abang lebih matang dalam menjalani kehidupan..hehe..mesti mama ngan ayah bagi kawen dah nanti..kuang3..

Sejak aku asyik bergelumang ngan buku ni,aku dah xreti nak wish besday panjang2 dah..hehe..kalau dulu,pantang ja besday lam family aku,aku dah siap text nak tulis lam kad..memang abes penoh kad tu aku merapu..hehe..xpala..apa2 pon,kita ikhlas kan? xkisah la panjang ka pendak ucapan tersebut..

Bila cakap pasal abang aku,tiba2 teringat lak kisah zaman2 retro..waktu kecik2 dulu,aku selalu berebut patung doraemon ngan abang aku..ahakzz..padahal aku bukan suka pon jenis2 patung ni..saja ja dengki pakcik tu..kehkehekeh..ni mak aku yang cita la..den mano nak ingat..beza umo aku ngan abang aku ialah sebanyak 4 tahun..honestly aku cakap dulu kami xrapat sangat pon..tapi sejak aku memasuki alam darjah enam,abang aku mula senang nak sembang ngan aku..waktu tu dia form 4..maybe dia rasa aku dah beso cket kot..boleh nak join gebang2 ngan umo spesies beliau ketika itu.. :P For a faster story development,baek aku tros cita time aku form 5..kebetulan,time tu aku pegang jawatan penolong ketua batch form 5 a.k.a naib pengerusi OPTIMA..waktu ni aku rasa macam banyak keja gak kena buat lagi2 bila da event2 penting lam skolah yang melibatkan pelajar form 5..aku ni plak dah la blur2 ayu gitu..so,kompom la lambat cket nak mengkreatifkan otak sniri untuk buat event beso2..kebetulan time tu lak abang aku rajin datang tengok aku bila ujung minggu..selalunya beliau datang hari jumaat sebab parents aku xleh nak datang..jadik,beliau lah yang datang melawat saya..hehe..saya sunggoh terharu..bak kata pepatah,'alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan'..aku renovate cket pepatah berkenaan menjadi 'alang2 abang dah mai,baek kita mintak idea dia'.. :)) Dengan sabarnya abang aku mengeluarkan idea2 bernas dia untuk diguna pakai olehku..terbaekklah!!..

X cukup mantap lagi cita ni..bagi aku yang paling aku terharu kalau time abang aku datang,n kebetulan lak waktu tu aku tengah tension tahap cipan..maybe da problem ngan kawan or study..aku ngan tanpa segan dan silunya meluahkan segala yang terbuku di hati sambil menangis xhingat dunia..haha..sekali lagi aku nak berkata jujur..abang aku ni sebenonye xpenah tunjuk sifat penyayang seorang abang tu depan adik2 dia..mana penah dia nak pujuk kalau aku nangis ka..tapi waktu yang aku cita tadi tu,dia xkisah pon aku nangis..dia da la bagi nasihat2 yang agak berguna lalu menyuruhku berhenti menangis n menyambung liku-liku kehidupanku dengan lebih tabah..teeheee..ayat xbleh blah tol..

Kalau abang p mana2,abang xpenah lupa nak beli apa2 kat aku ngan adik..dia selalu belanja makan memandangkan dia tau yang adik2 dia sangatlah suka makan..prot stokin la katakan..cayalah!! saya suka abang yang amat memahami..tapi kadang2 kalau dia marah2 tu normal la kan.."AKU KAN ABANG.." Beliau jugak sangatlah menjaga imej adik2nya..kalau kami nak kluar ngan dia n kami pakai baju yang entah apa2,mesti dia soh tukar cepat2..dia kata,malu nak ngaku adik kalau pakai camtu..hahahahah..thanks bang..skang ni saya dah pandai pilih baju kalau nak kluar.. :D


zaman retro..

sblom antar abang g MIMET..gambo kami tiga beradik..yaa..saya sangatlah kecik..haishh..


Rasanya,tu ja yang aku nak reveal pasal my bro yang super best tu..so,dengan tidak semena-menanya,i dedicate dis entry to my bro even dia jarang2 sangat la baca blog aku..hehe..smoga ukhwah kita adik beradik sentiasa erat even bila abang dah kawen pon tau..teehee..carik kak ipaq yang bleh kamceng ngan adik n izni..hahaha..demand tinggi dowh..sapa yang nak kawen ni??..ish3..

no name..

Assalamualaikum..

Ok..sila lihat tajok di atas..sangatlah blurr bila di malam hari..xtau nak post apa tapi jari jemari ku yang xbapa nak runcing ni memaksa diriku menekan papan kekunci di laptop kesayangan ku ini..xpa la kan..post sikit2 pon jadik le..hehe..lalu aku meninggalkan jap buku Physiology practical untuk menumpukan perhatian pada skrin laptop..nak rehat sebenonye..penat..hehe

Baru ja beberapa minit lepas,aku n hana yang khusyuk membuat kerja masing2 digemparkan dengan berita xhangat langsung dari amal merangkap roommate kami yang agak xbtol di saat itu..heeeee..kome nak dengo x berite tergempo dia tu??..haishh..xdengo rugi..xpa2..aku cite je la ek..story pon bermula apabila bunyi setiap langkah kaki amal semakin kedengaran dengan jelas dari dapur..aku dan hana sudah dapat mengagak musti amal ingin kembali ke kamarnya yang serba indah setelah selesai membancuh kopi kegemarannya..akan tetapi,kami berdua yang suci-suci ayu ni berasa musykil kerana amal baru saja berada di dapur..pelik bin ajaib kalau kopi itu dapat dibancuh dengan sepantas kilat kan? tiba-tibaaaa.......................pintu kamar kami dibuka dengan deras..terasa aura kekalutan di situ..hana sudah pon beristighfar dan mengurut dada beliau..terkezut beruang kutub la katakan..aku terasa kederasan pintu itu dibuka tetapi telinga aku ini disumbat dengan bait2 lagu yang super best..jadi,sedikit masking di situ..kerana masalah itulah aku tidak dapat memberi respon terkezut beruang kutub seperti yang dilakukan oleh hana..Lantas,aku dan hana pon memberi tumpuan kepada apa yang ingin disampaikan oleh amal dengan penuh rasa cuak..dengan segala rasa bangganya,amal berkata............

"weyh!!! tadi kan.....aku dengar bunyik KAMBING BIRI-BIRI kat luar umah",sambil tersengeh amal menghabiskan beritanya yang mantap itu.."hek eleh ko ni mal..memang la kambing2 tu lalu malam2",hana pula berkata ngan perasaan yang xdapat dibaca oleh ku..macam geram pon ada gak..rasa cam nak garu je muka amal tu..haishhh..amal pon berkata lagi,"aku tau sebenonye..saje nak infom kat korang..kekeke.." lalu beliau pon terus berlalu ke dapur untuk sambung membancuh kopi..aku buat pa?? tunggu g..cek dah guling2 gelak kat karpet apabila melihat adegan roommate2 ku yang serba xbetol tu..teeheee...

yaa..tamat lah cita hebat dari amal..memang entertainment di malam hari tol..sebenonye kan,ni la impian aku ngan hana..tringin nak cita kejadian2 aneh antara kami bertiga..bukan cinta tiga segi naa..so,aku dah buat memandangkan xdak pa yang nak dipost..so,hana!! ko bile plak???? :p

note: serious aku xpenah lagi la dengar bunyik kambing biri2 malam2 waktu kat malaysia dulu..terasa MESIR begitu unik..i likeeeeeeeeeeeeeee.... :))

motif entry: nak memupuk semangat suka POST..tu jek..sorry post merapu..hehe

p/s: dah lama xtanya khabar kawan2 kat malaysia,bumi tercinta..ASMA,IZZATI,HUSNASHAFINI,AMANI,FARAH n len2 tengah bz koje ke skang ni?? hehe..kumpul duit banyak2 naa..kalau aku balik nanti bleh la ampa belanja aku..hahaha

*tambah cket g..sorry kpd maleewan merangkap rakan sungai petani ku kerana daku tidak menyebut nama mu..hehe..pas ni akan selalu ku sebut nama mu..perghh..puitis kan ayat ku ini?? :P

Monday, April 25, 2011

Lawatan dari Penghuni TANTA!! :D

Assalamualaikum,,

InsyaAllah..dis is my last entry for dis week..hehe..klas dah nak stat balik..dah abes dah cuti yang amat bermakna ni..tomorrow is my feveret day!! i likeeeeee practical class..bestttt..dah puas aku mengePOST sampai 4 hari,pas ni nak rehat lak..kena study..aku dah kena kurangkan internet..tapi cena ek?? selalu kat internet la yang ada info2 penting..hmmmm..tengok la..aku kena muhasabah diri dulu.. :D

Okeyh..kembali kepada topik asal..ce tengok tajuk entry kite hari ni..hehe..kalau korang penah bukak fb aku,mesti korang penah tengok gambo2 yang bakal diREVEAL sebentar lagi n tajuk di atas..sebab semua samo yo cam lam fb tu..even dah letak lam fb,tapi lam bloggy pon kena letak gak..kang majok lak dia..aku kena la adil..baru la demokrasi terpimpin..heeeeeeeeeeeeeee..

Malam dinner kami hari tu,aku dapat mesej dari sorang senior aku kat Tanta..nama beliau kak tehah.. :) dia cakap dia nak mai Zagazig sebab nak amek tulang-temulang yang dia mintak aku beli baru2 ni..aku pon dengan keseronokan tahap maksima bertanya,"k.tehah..IS xmai sekali ka??" *IS= aidil isma ismail= my pren kat Sekolah Menengah Sultan Mohamad Jiwa dulu*
agak lama menanti balasan dari k.tehah,aku pon antar mesej kat is tros..xsempat nak kelip mata pon,tiba2 is miskol..caitttt..kedekut tol makcik ni..hahaha..bukan nak kol aku..aku pon dengan abes ayu nya,mendail number makcik yang merangkap kawan aku tersebut..antara perbualan kami selepas talian disambungkan:

Is : hello,assalamualaikum....
Aku : waalaikumussalam..is xmai ngan k.tehah skali ka esok?? (tanpa berlengah aku tanya)
Is : alaa..yan..is xleh mai la esok..mula2 memang ingat nak p skali ngan k.tehah..tapi tiba2 is da program..k.tehah habaq lambat sangat..
Aku : alaaaaaaaaaaaaaaaaaa..xbest la is xmai..baru dok syok abes is nak mai..diyana pon nak jumpak is gak tau dak..huhu
Is : sorry la yan..memang is btoi2 xleh p..len kali is mai ngan k.tehah g..xpon yan mai Tanta..haa..baru best..hehe
Aku : okla2..xpa..hehe..nanti mai gak tau..
Is : insyaAllah.. :)
Aku : k la..da rezeki kita buat reunion naa..bye!! assalamualaikum..
Is : waalaikumussalam..

Tu la sedikit sebanyak pertuturan yang berloghat utara ngan my pren tu..hehe..sedeyh aku bila dia xjadik mai..kita tros sambung cita yang esok la ek..

Keesokan harinya tu,k.tehah ngan kawan dia pon sampai..waktu aku nak bukak pintu kat bawah,aku tengok k.tehah ngan kawan dia cam nak gelak ja..aku xpaham pa yang lawak sangat bagi dorang ni..rupa2nya si makcik is tu dok men sorok2 belakang kawan k.tehah lak..hahahahha..nak buat surprise kat aku konon..but, seriously aku memang terkezutt pon..hehe..suspect tol la kat dia sebab bleh buat surprise camtu..terharu saya.....

Aku juz hidang bubur nasik ngan sambal ikan bilis ja bagi dorang makan..harap2 dorang kenyang la..waktu tu lak awal g..dorang nak balik petang..so,aku,hana,amal n tie decide nak bawak dorang jalan2 Zagazig..kitorang nak bagi dorang rasa makan krib..hehe..sedapppppppppppppp..makanan yang paling spesel da kat alam Zagazig..JOM!!!


kribb firah yang diminati..sedapppppppppp..super kenyang la kalau makan sorang..

mini reunion..hehe..dari kiri,k.odah,k.tehah,saya n is.. :)
[saya memang suke sengeh sebonye..isk3]


wa punya housemate bersama tetamu khas yang diimport dari TANTA..hikhik..gambo ni orang arab kedai ni yang snapkan..seyes..cam nak tercabut button snap tu dia kejekan..haishh..arab..arab..

hoo..ini kribb den yang tolan..hehehe..padahal baru makan bubur kat umah tadik..ish3..prot stokin tol..


Sebenonye aku pon xpenah lepak lam kedai ni..ni first time aku masuk..selalu kami beli n bawak balik ja..mentang2 umah dekat..thanks to geng2 Tanta sebab dah bagi aku rasa makan lam kedai yang xbapa beso ni..teeheeeeeeeeeeee..abes ja makan,kami g jalan2 kat Mahattah lak..k.tehah kata dia nak cari jubah..nak bagi hadiah besday kat naqibah Smart Circle dia..hehe..lawa jubah tu tapi lupa nak tangkap gambo..xpe la ek..banyak g jubah..xabes punya..insyaAllah.. :p


ni jek gambo kat Mahattah..sronok sangat carik jubah sampai lupa nak amek gambo..ma'alish..


Lebih kurang kul 4.30 petang,mereka pon bertolak pulang ke bumi Tanta yang terchenta..

Special deliver to Is,k.tehah n k.odah: Thanks sebab sudi mai kat Zagazig yang xbapa beso ni..hehe..len kali kami p Tanta lak ek..ready carpet merah tau..hahahah..

Ni ja entry saya hari ni..hehe..hope to see my blogy again dis weekend..sobs3..TATA!!